Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 04, 2008

Ustazah

This entry was written by my beloved sister in Galway, Ireland: Kak Hanim yang comel! ;)


Kadang-kadang kita rasa kita susah, tapi hakikatnya ada orang lain lagi susah. Kita ingat ujian Allah kat kita ni sangat-sangat mencabar, tak sanggup rasanya, tapi orang lain punya ujian lagi dahsyat lagi berat. Kerana syurga itu mahal. Takde siapa cakap syurga itu murah. Kalau hidup sentiasa bebas dari ujian, dengan apa kita nak bayar tiket syurga?.

Egypt

Baru-baru ini negara Mesir telah menangkap 40 orang lelaki, dan 2 hari lepas Mesir mengumumkan pemenjaraan 25 orang daripada lelaki-lelaki itu. Saya tidak tahu apa-apa tentang mereka. Saya tidak pernah tahu mereka di mana. Saya tidak pernah lihat wajah mereka. Cuma... saya mengenali nama-nama sebahagian dari mereka! Kerana tulisan-tulisan mereka tidak asing bagi diri saya. Saya biasa membaca hasil pena mereka - buku-buku tafsir,sirah... banyak yang hasil karya mereka. Banyak yang telah memberi ilmu serta kefahaman pada saya, telah memberi kesan yang dalam kepada jiwa saya..

Lalu saya merasa sangat sakit hati dengan penangkapan mereka, dengan penyumbatan mereka ke dalam penjara. Kerana saya tahu mereka adalah manusia-manusia yang soleh. Saya telah banyak mendapat tempias islam dari penulisan mereka. Sakit hati saya terhadap hukuman zalim Mesir kepada mereka sangat sukar untuk dibendung-bendung. Moga Allah beri kekuatan kepada mereka di saat-saat kesusahan dan saat-saat genting seperti ini.

Selama ini saya cuma mengenali mereka sebagai nama pengarang yang tertulis di atas kitab dan hasil pena mereka yang hebat. Apabila tersiarnya berita itu beserta gambar dan details diri mereka, barulah saya tahu rupanya mereka itu rakyat Mesir, buat pertama kalinya saya melihat wajah mereka, dan saya juga sangat terkesan apabila mengetahui mereka yang menulis buku-buku islami itu bukanlah Syeikh-Syeikh, dan bukan orang yang mengajar agama secara rasmi yang bertitle Ustaz (ini definisi umum orang melayu terhadap perkataan ustaz/ustazah) walaupun mungkin mereka mempunyai kelayakan, tetapi mereka adalah doktor dan engineer, professor dan akauntan, pakar bedah dan ahli perniagaan!

Maka...

Ia hanya menambahkan lagi koleksi bukti bahawa bukan orang yang belajar Syariah sahaja perlu dan boleh faham Islam dengan mendalam. Bukan orang yang ada title Ustaz-Ustazah sahaja berhak bicara tentang ilmu islam. Tidak sama sekali. Islam itu milik semua orang, patut difahami semua orang dan menyeru islam & kebaikan itu tugas semua orang. Doktor, Engineer, Akauntan, Businessman itu cuma pekerjaan sahaja. Cuma untuk menyara hidup sahaja. That's all.

Syed Qutb adalah seorang sasterawan yang menulis buku Fi Zilalil Quran yang hebat, Mustafa Masyhur adalah seorang engineer yang menulis buku tentang dakwah dan contoh di Malaysia, kita ada Abu Urwah, engineer yang menulis 9 siri buku Risalah Usrah.

Apa pendapat anda?
.

"Awak ni cakap macam-macam pasal agama, nak jadi ustazah ke?"

Ah.. fahaman yang silap! Terlalu silap.

"Saye ni bukannye Ustazah, cuma nak nasihat sikit.."

Nasihat itu kan bagus, maka silakanlah. Kenapa perlu cakap 'saya bukan Ustazah'? Bukankah kita semua memang patut take care of each other?

"Awak pakai baju macam Ustazah lah".

Maksudnya? Ustazah seorang saja ke wajib tutup aurat?

Huhu, please wake up...
.

Saya tidak marah dengan kata-kata sebegitu. Tidak juga bergembira. Mungkin itu doa. Cuma saya sangat berharap dapat menjelaskan tentang apa yang saya kira sebagai salah faham.

Kita adalah muslim, tidak kiralah apa kerja kita dan jawatan kita. A muslim doctor, a muslim engineer, a muslim accountant etc. Islam itu milik semua orang, patut difahami semua orang dan menyeru islam & kebaikan itu adalah tugas semua orang, tanpa mengira berjawatan Ustazah atau bukan. Terpulanglah pada kita hendak mengaku hakikat ini atau tidak. Kita mengaku atau tak, tidak merubah apa-apa pun. Tanggungjawab ini memang sudah ada pun di bahu kita. Nothing changed.

By the way, this article is written by a medical student.


1 comment:

ifos said...

quick drop-by to say hi... missing you too =)