Tadi di wad kanak-kanak, berborak-borak dengan ibu seorang pesakit. Sebab kemasukan tidaklah terlalu serius, hanya kerana infeksi jangkitan kuman pada paru-paru. Tapi setelah diselidik dengan lebih mendalam, rupa-rupanya simptom adik tersebut agak parah sehingga dia terpakasa dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Intensif (ICU) selama 10 hari sebelum dipindah masuk ke dalam wad ini beberapa hari yang lalu.
Namun, saya lihat wajah ibu tadi tenang sekali. Lalu saya pun bertanya, umur ibu berapa ya? Katanya sudah hampir 50 tahun dan ini anaknya yang bongsu. Wah, sungguh menakjubkan. Saya kira ini anaknya yang pertama dan dia baru sahaja berumur 30 tahun. Saya tanya lagi, ibu ni awet muda, ibu makan apa ya? Sambil bergelak ketawa mengisi ruang bualan. Tak makan apa nak, cuma ibu tak suka risau-risau dan menyerebut kepala dengan perkara yang ibu tak boleh ubah apa-apa. Sabar tu kunci segala-galanya! Saya seperti tersentak seketika. Tarbiyah kecil dari seorang ibu yang hanya belajar sehingga sekolah menengah dan berkerja sebagai suri rumah.
Saya melihat-lihat badan adik kecil itu lalu ternampak tanda garis parut yang panjang di tengah-tengah dadanya. Memang selalunya ia adalah petanda bahawa adik ini pernah mempunyai masalah jantung berlubang suatu masa dahulu dan kini sudah sembuh.
Saya tanya lagi, adik ini pernah masuk hospital sebelum ini ibu? Jawabnya tidak, sejak kali terakhir dia masuk untuk pembedahan jantungnya. Tekaan saya betul! Saya masih di awang-awangan kerana perasan diri ini serba tahu (astagfirullah sedangkan ilmu itu dari Allah!) sambil mulut bertanya, ibu tidak risau dulu ibu? Maka ibu itu mula berceramah lagi. Nak, buat apa kita nak risau benda yang memang Allah dah tetapkan untuk kita. Kita dah ikhtiar, bawa jumpa doktor, kita tahu doktor tu akan buat yang terbaik untuk tolong anak kita. Jadi kita tak perlu risau. Semuanya ujian dari Allah. Kita kena sabar sahaja.
Saya terpana.
Ketika itu, doktor pakar masuk untuk melihat adik kecil ini. Saya pun melarikan diri kerana tidak mahu mengganggu urusan doktor tersebut.
Kaki melangkah longlai kerana fikiran menerewang entah ke mana. Atas nilai kesabaran dan ketaqwaan itulah, ibu itu walau hanya seorang suri rumah, walau hanya berpelajaran rendah, walau tidak pernah melancong meredah, walau nampak seperti insan lemah, akan diangkat tinggi martabatnya di akhirat kelak. Di dunia sebenar kita. Di dunia infiniti kita.
Maka, kita ini masih mahu berbangga dengan harta, nama, pangkat, anak-anak dan keangkuhan kita?
I am so afraid I am going to fail this test again and again. Allah, please guide me towards the righteous path. I can not do this alone.

No comments:
Post a Comment