Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 06, 2009

Adikku Sayang

Adik, akak tau adik baca blog akak yang tak seberapa ni. Akak rasa akak tak layak jadi qudwah hasanah yang adik boleh contohi tapi akak sedar kalau akak tak berusaha tunjukkan contoh yang baik, siapa lagi yang adik nak contohi?

Adik, kita dah hidup berasama lama sangat dah. Dalam ramai-ramai adik akak, adik la adik yang paling lama kenal akak. Adik tak sempat kenal akak 4 tahun pertama akak lahir je sebab waktu tu adik dekat alam roh lagi. Hehe. Tapi dari hari pertama adik celik mata kat dunia ni, kita dah saling mengenali.

Adik, dulu-dulu akak tak pernah hargai adik. Akak rasa macam adik ni mengacau hidup akak je. Kalau adik main-main dan terjatuh, nanti akak yang kena marah. Kalau adik buat tumpah air, nanti akak yang kena marah. Tapikan adik, ada satu hari ni jiran kita tanya akak kalau dia nak ambil adik jadi adik dia boleh tak? Dia nak bawa balik rumah, dia kata nanti akak boleh jadi anak tunggal. Ish, waktu tu akak memang bengang betul la. Barulah akak tau yang akak sangat sayangkan adik sebenarnya, tapi akak je yang tak sedar.

Adik, akak tak tau la kenapa akak tiba-tiba tulis entry poyo ni. Ikut gerak hati kut. Orang kata kalau kita tulis dari hati nanti sampai kepada hati orang yang baca. Akak harap apa yang akak tulis ni walaupun entrah apa-apa aja dapat sentuh hati adik yang halus tu.

Adik, adik tau tak dulu waktu akak mula-mula mengenal jalan yang indah ini, akak rasa seronok sangat. Perasaan yang akak rasa samalah yang adik rasa kali pertama adik dengar mengenai sejarah gemilang Islam tempoh hari. Akak rasa bercampur aduk perasaan gembira tak terhingga dan rendah diri. Gembira sangat sebab rasa betapa Allah memilih akak dalam ramai-ramai orang dekat luar sana untuk mengerti kebenaran yang suci sedangkan akak bukannya baik sangat, adik sendiri tau kan? Hehe. Tapi rendah diri sebab akak rasa banyaknya dosa akak dah buat, kenapa Allah masih lagi sayangkan akak?

Dan mulai saat tu, akak mencari titik perubahan. Bagi akak, kalau Allah dah bagi benda yang sangat-sangat tinggi nilainya, maka pengorbanan yang harus akak buat juga perlu sangat-sangat tinggi nilainya untuk membayar balik hadiah yang Allah bagi tu. Tapi sebenarnya Allah tak minta pun bayaran balik kan? Allah cuma nak kita hidup dalam rahmat dan kasih sayangNya yang sebenar.

Adik, akak rasa adik pun mesti sedar perubahan akak. Mesti adik tertanya-tanya. Tapi adik tak pernah suarakan pun pertanyaan adik tu. Akak je yang banyak membebel cerita macam-macam kat adik. Akak memang suka membebel kan? Hehe. Ada satu ketika tu akak berjaya ajak adik ke satu majlis yang akak sangka boleh menarik hati adik untuk rasa apa yang akak rasa. Tapi sesungguhnya benarlah hidayah itu hanya Allah yang bagi dan waktunya hanya Allah yang tahu bila kesesuaian untuk setiap orang menerima hidayah. Adik tak rasa apa-apa pun. Akak jadi agak sedih dan berputus asa. Dan akak membiarkan usaha akak terkubur begitu sahaja.

Tapi Allah lebih tahu. Setahun berlalu. Alhamdulillah. Allah memberi ganjaran buat usaha akak yang tak seberapa tu melalui orang lain. Walaupun setahun lambat tapi bila kali pertama akak nampak bibit-bibit pertama perubahan sikap dan paradigma hidup adik, akak dapat rasakan, ya inilah dia titik tolak adik. Saat ini, akak tahu adik akan mula melangkah, menyusuri jalan yang sama akak lalui. Tapi adik, yakinlah! Jalan ini bukannya jalan yang hanya ada kita berdua. Jalan ini berkesinambungan dengan jalan-jalan yang disusuri para anbiya', para sahabat, para tabi' tabi'in, para alim ulama dan para pejuang kebenaran sepanjang zaman. We are not alone. They are with us in spirit and in prayers. Percayalah.

Adik, memang jauh lagi perjalanan yang akan adik lalui. Adik akan melalui zaman kejatuhan yang perit dan kemudian adik akan kembali bersemangat dengan hamasah perjuangan yang adik sendiri perlu cari semula. Dan perkara ini akan berulang dan berulang selagi mana Allah tau yang adik perlukan tarbiyah ini. Memang susah nak buang karat jahiliyyah yang sudah lama menjadi sebahagian hidup kita. Memang amat amat menyeksakan untuk meninggalkan perkara-perkara yang kita suka tapi kita tau adalah sia-sia, hanya untuk Allah. Memang susah nak menghadapi tentangan dan pandangan orang lain yang belum lagi faham apa yang kita faham.

Tapi yakinlah dengan janji Allah. Kebenaran akan menang dan kebatilan akan tewas juga suatu hari nanti. It may sound like I'm talking out of a fairy tale but this is life. What we see in the movies are actually derived from what reality teaches us.

Ingat cerita kegemaran kita dulu-dulu, Lord of The Rings? I will be your Sam and you will be my Frodo. I will always be by your side even when you don't want me beside you, even when you don't know that I always pray for the best of your faith. Because in the end, it is our faith and our deeds that will be our ticket to paradise. Bukannya buku-buku cerita kita yang banyak, bukannya baju-baju kita yang glamour, bukannya degree-degree kita yang tinggi, bukannya handphone dan iPod kita yang mahal. Hehe.

Adik, jatuh bangun itu lumrah manusia. Tapi Mukmin yang sebenar tidak akan terus membiarkan kejatuhan dia, kesilapan dia, kelemahan dia, nafsu dia dan bisikan syaitan untuk terus menekan dia berada di bawah. Seorang Mukmin akan terus berjuang. Seorang Mukmin akan terus bermujahadah untuk memperbaharui imannya dan amalnya setiap masa. Seorang Mukmin tidak akan berputus asa terhadap RabbNya.

Adikku sayang, yakinlah dengan janji Allah. Syurga menanti kita di sana. Hanya di situ tempat rehat kita yang sebenar. Teruskan berjuang. Do not hesitate, do not give up hope.

We will not go down, without a fight. Our spirit will never die. Our faith; our Iman, keeps us immortal, forever in eternity.

I love you, fillah.

4 comments:

Ummu Afeera said...

sayu sangat baca entri ini..

Mama Hazim said...

huaa..
bestnya kakak ni.

(sayunya..)

TheWriter said...

Terima kasih, Kakak.
;)

Sangat.

Fatimah Othman said...

salam kak arifah..
..kte pon adik kak arifah kan?hehe..
nice~(^_^)