Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 19, 2009

Finding my way back

Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Az-Zumar 39:53]


Rasulullah saw bersabda: "Allah swt berfirman: Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit, kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku, akan aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada Ku membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada Ku tanpa menyekutukan Aku dgn sesuatu pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu juga"
(HR Tirmidzi) Hadith 42