Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 30, 2009

Baitul Muslim


Hmm.. rasa dakwah sangat-sangat memerlukan kepada Baitul Muslim dua indivdu yang betul-betul faham... bukan dua individu yang betul-betul mahu.

Sejauh mana kita betul-betul memahami hakikat keimanan?

Mari, teruskan mujahadah mencari erti hidup sebagai hambaNya!

Saturday, November 28, 2009

Khilaf Diri

Daei juga manusia.
Manusia yang berhati dan perasaan.
Manusia yang lemah dan bernafsu.
Manusia yang ada sifat amarah.
Manusia yang setiap masa dihasut syaitan.

Ampunkan kekhilafan diri ini.
Aku hanya insan biasa.
Aku lemah..
='(



Friday, November 27, 2009

Aku Hamba

Salam AidilAdha kepada semua saudara-saudara seiman yang saya kasihi. Cantiknya susunan Allah, malam semalam saya mentadabbur Surah Al-Saffat, dan menemui kisah ini. Maka saya ingin menuliskannya untuk kawan-kawan yang tidak sempat menatapnya sendiri.

“Dan Ibrahim berkata, ‘Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku.’ ” (Al-Saffat : ayat 99)

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.” (Al-Saffat: ayat 100)

“Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.” (Al-Saffat: ayat 101)

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur yang sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: ‘Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!’, Dia menjawab ‘Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, inshaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.’ “ (Al-Saffat: ayat 102)

“Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas di atas tengkuk(nya), (nyatalah kesabaran kedua-duanya)” (Al-Saffat: ayat 103)

“Dan Kami panggillah dia: ‘Wahai Ibrahim, ” (Al-Saffat: ayat 104)

“Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Saffat: ayat 105)

“Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.” (Al-Saffat: ayat 106)

“Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (Al-Saffat: ayat 107)

“Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian.” (Al-Saffat: ayat 108)

“iaitu: ‘Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim’ ” (Al-Saffat: ayat 109)

“Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Saffat : ayat 110)

“Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.” (Al-Saffat: ayat 111)

Inilah kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, Allah ceritakan untuk kita ‘orang-orang yang datang kemudian’. Begitu benarnya dan tulusnya ucapan-ucapan dari bibir mereka, hingga Allah mengabadikan dialog perbualan antara mereka berdua di dalam Al-Quran untuk kita pelajari dan selami. Memetik kata-kata Nabi Ismail yang masih muda, yang Allah mengiyakannya sebagai ‘anak yang amat sabar’, mempamerkan keimanan setanding ayahnya..

‘..Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, inshaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.’ (Apalah pula agaknya nilai kata-kata yang keluar dari bibir kita? Recording in progress by Rokib & Atid..)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membuktikan penyerahan diri yang penuh kepada Allah SWT. Seseorang yang menyerahkan dan menundukkan jiwanya, jasadnya, hartanya, hidupnya dan segala-gala yang dimiliki untuk Allah, itulah dia seorang Muslim. Telah nampak hakikat kehambaan yang sejati dalam kisah ini. Bahawa sang hamba tidak ada pilihan kecuali untuk taat patuh secara tulus kepada Tuhannya, walau apapun yang terjadi. Ini suatu teladan kehambaan yang mesti ditiru setiap orang beriman yang berjuang mengejar darjat kehambaan, merasa bahawa Allah itu Maha Agung dalam hatinya.

Dan tidak ada jalan lain untuk merasa hamba, melainkan dengan taat yang total, tanpa soal, tanpa takut-takut dan tanpa ragu kepada setiap perintah Tuhannya – seperti Ibrahim, seperti Ismail dan tidak lupa, seperti ibu Nabi Ismail, Hajar ketika ia akur ditinggalkan di tengah-tengah gurun dahulu.

Kerana itu, Allah membuat persaksian, satu pengisytiharan yang mulia dalam ayat seterusnya,
“Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.” (Al-Saffat: ayat 111)

Hebatnya pengorbanan mereka, Allah mengabadikan kisah keluarga ini - percakapannya, perlakuannya bahkan lokasinya dalam ibadah haji dan korban, serta dijadikan hari raya AidilAdha. Supaya setiap Muslim akan bercermin kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada setiap tahun.

Ia bukan sekadar tentang ritual ibadah atau adat berhari raya. Ini kisah kehambaan, kisah ketaatan dan kisah kecintaan kepada Allah SWT. Moga kita dapat membangun semangat dan jiwa kehambaan persis Nabi Ibrahim dan Ismail dalam hidup kita sehari-hari.

~Halwa Hati~ (click for direct link)

Thursday, November 26, 2009

Hakikat Bahagia

Akak ChooMy,
Best dapat curhat dengan akak tadi. Tiba-tiba rasa macam baru kenal akak yang sebenar. Hehe. Apalah kita ni, kata 'adik-beradik' kan? Tapi baru nak kenal diri masing-masing.

Hmm, bukan senang kan nak terus tsabat. Nak melawan arus duniawi yang sentiasa mengheret kita ke arah kebinasaan.. Kalau kita tak ada sisters kita yang sentiasa mengalirkan kekuatan pada kita.

Saya bertuah, kak, sebab saya ada akak yang sentiasa doakan saya. Saya bertuah, kak, sebab ada sisters yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk saya. Doa yang tak putus-putus daripada sisters-sisters saya yang solehah wa muslehah lah yang menguatkan saya setiap hari.

Kadang-kadang saya terlupa perkara ni. Kadang-kadang saya rasa lonely (padahal saya sentiasa ada Allah!). Huhu. Itulah syaitan memang pandai mencucuk-cucuk. Siaplah syaitan, kat akhirat nanti, kita sorak ramai-ramai sebab dia masuk neraka. Moga Allah izinkan kita masuk syurga...

Saya tak tahu lah kenapa saya tiba-tiba tulis entry yang cali (ni bahasa brunei) ni, tapi saya nak akak tau satu benda yang sangat penting.. saya sangat, sangat, sangat sayannnnggggg kan akak fillah!

Kita support and doakan each other, occay? =)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Wednesday, November 25, 2009

Of hope dan faith

Life, they say, is full of ups and downs. Today you are happy, tomorrow full of sorrows. The wheels of existence churning the naked truth of reality only to prove that what doesn't kill you, will only make you stronger.

The challenge that we face each day, to move forward with hope that what ever we do today will bring the best out of tomorrow.

But hope, is always like the kindling flame of a candlelight fire. Real but small, most often covered within the shadows of doubt. You can hope, but you can never be too sure.

So, how then do we survive this torment of evil thoughts? Of the fear, that hope will only make the disappointment and grief of dejection even more apparent than it would have appeared to be, amplified to a thousand degree.

To have trust. To have faith.

Say: "He is my Lord! There is no god but He!
In Him I put my trust, and to Him I shall return."

[Ar-Ra`d 13:30]



Kalau bukan padaNya, pada siapa lagi mampu disandarkan peritnya hati ini?

Bukankah ujian itu petanda bahawa tingkatan iman kita sedang diberi peluang untuk diangkat ke darjat yang lebih tinggi dari yang sebelumnya?

Takut. Tipu kalau tak takut. Siapa nak ujian susah-susah. Kalau boleh, nak hidup kat dunia ni senang-lenang goyang kaki. Mati nanti terus masuk syurga.

Tapi kalau kita menolak ujian, tak rasa ke kita macam menipu diri sendiri? Ingat senang ke nak masuk syurga? (Waaa, ganazz nye.. =P)

Sampai bila nak berada pada tahap ni? Oh, kalau Allah masih bagi peluang dengan datangnya ujian demi ujian demia ujian tak pe lagi, tapi kalau Allah terus matikan hati untuk merasai nikmatnya iman... aduh, jauhkanlah Ya Allah! Tak mauuuuu...

Langkah harus terus laju. Hati harus tekad. Keyakinan harus teguh, hanya pada Allah. Yakin bahawa apa pun yang bakal terjadi nanti, adalah yang terbaik yang telah digariskan buat diri.

"Inilah jalanku! Aku dan orang-orang yang mengikutiku
mengajak kepada Allah dengan hujjah yang nyata."
[Yusuf, 12:108]

Have complete faith. There is no turning back!

"Lets have faith that right makes might;
and in that faith let us, to the end,
dare to do our duty as we understand it."

- Abraham Lincoln