Salam AidilAdha kepada semua saudara-saudara seiman yang saya kasihi. Cantiknya susunan Allah, malam semalam saya mentadabbur Surah Al-Saffat, dan menemui kisah ini. Maka saya ingin menuliskannya untuk kawan-kawan yang tidak sempat menatapnya sendiri.
“Dan Ibrahim berkata, ‘Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku.’ ” (Al-Saffat : ayat 99)
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.” (Al-Saffat: ayat 100)
“Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.” (Al-Saffat: ayat 101)
“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur yang sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: ‘Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!’, Dia menjawab ‘Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, inshaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.’ “ (Al-Saffat: ayat 102)
“Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas di atas tengkuk(nya), (nyatalah kesabaran kedua-duanya)” (Al-Saffat: ayat 103)
“Dan Kami panggillah dia: ‘Wahai Ibrahim, ” (Al-Saffat: ayat 104)
“Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Saffat: ayat 105)
“Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.” (Al-Saffat: ayat 106)
“Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (Al-Saffat: ayat 107)
“Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian.” (Al-Saffat: ayat 108)
“iaitu: ‘Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim’ ” (Al-Saffat: ayat 109)
“Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Saffat : ayat 110)
“Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.” (Al-Saffat: ayat 111)
Inilah kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, Allah ceritakan untuk kita ‘orang-orang yang datang kemudian’. Begitu benarnya dan tulusnya ucapan-ucapan dari bibir mereka, hingga Allah mengabadikan dialog perbualan antara mereka berdua di dalam Al-Quran untuk kita pelajari dan selami. Memetik kata-kata Nabi Ismail yang masih muda, yang Allah mengiyakannya sebagai ‘anak yang amat sabar’, mempamerkan keimanan setanding ayahnya..
‘..Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, inshaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.’ (Apalah pula agaknya nilai kata-kata yang keluar dari bibir kita? Recording in progress by Rokib & Atid..)
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membuktikan penyerahan diri yang penuh kepada Allah SWT. Seseorang yang menyerahkan dan menundukkan jiwanya, jasadnya, hartanya, hidupnya dan segala-gala yang dimiliki untuk Allah, itulah dia seorang Muslim. Telah nampak hakikat kehambaan yang sejati dalam kisah ini. Bahawa sang hamba tidak ada pilihan kecuali untuk taat patuh secara tulus kepada Tuhannya, walau apapun yang terjadi. Ini suatu teladan kehambaan yang mesti ditiru setiap orang beriman yang berjuang mengejar darjat kehambaan, merasa bahawa Allah itu Maha Agung dalam hatinya.
Dan tidak ada jalan lain untuk merasa hamba, melainkan dengan taat yang total, tanpa soal, tanpa takut-takut dan tanpa ragu kepada setiap perintah Tuhannya – seperti Ibrahim, seperti Ismail dan tidak lupa, seperti ibu Nabi Ismail, Hajar ketika ia akur ditinggalkan di tengah-tengah gurun dahulu.
Kerana itu, Allah membuat persaksian, satu pengisytiharan yang mulia dalam ayat seterusnya,

Hebatnya pengorbanan mereka, Allah mengabadikan kisah keluarga ini - percakapannya, perlakuannya bahkan lokasinya dalam ibadah haji dan korban, serta dijadikan hari raya AidilAdha. Supaya setiap Muslim akan bercermin kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada setiap tahun.
Ia bukan sekadar tentang ritual ibadah atau adat berhari raya. Ini kisah kehambaan, kisah ketaatan dan kisah kecintaan kepada Allah SWT. Moga kita dapat membangun semangat dan jiwa kehambaan persis Nabi Ibrahim dan Ismail dalam hidup kita sehari-hari.
~Halwa Hati~ (click for direct link)

No comments:
Post a Comment