Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita, yang telah mencurahkan nikmat-nikmat agung tanpa henti setiap hari malah setiap saat untuk kita, yang tidak pernah merungut dan menghantar halilintar atas dosa-dosa dan kelalaian kita, yang tanpa penat atau lelah terus menerus mendokong awan nan biru di pundak langit tanpa sedetik pun ia jatuh ke bumi.
Wahai Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang!
Wahai Yang Maha Pengampun, Maha Mengasihani!
Apabila jiwa yang kotor kian hanyut dalam noda-noda kealpaan, apabila diri merasa betapa tidak layaknya kaki berpijak di bumi Tuhan, apabila hati meronta-ronta untuk melepaskan diri dari cengkaman zulumat jahiliyah, namun kekuatan itu seolah-olah satu perkara asing yang terlalu sukar untuk digapai, apabila ruh terasa bagai kehilangan hakikat keimanan...
Ingin sekali berlari pulang kepangkuan Sang Kekasih. Ingin sekali merasakan diri dalam dakapanNya, erat yang mampu meleraikan segala kekusutan jiwa.
Tapi.. layakkah? Mahukah Si Dia menerima ku kembali?
Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
Semangat tenggelam,
Lemah daya,
Haruskah aku mengalah,
Namun jiwaku berbisik,
Inilah dugaan.
Dan seketika, segerombolan panglima-panglima iblis seolah-olah bersorak keriangan kerana berjaya melunturkan semangat seorang pejuang barisan mujahid Islam.
Sekali-kali tidak!
Sesungguhnya, Allah adalah Rabb sekalian alam dan tiada kuasa yang dapat menandingi kuasaNya. Tiada kehendak yang mampu melawan kehendakNya. Maka, tewaslah sekali lagi iblis-iblis tersebut buat kesekalian kalinya.
Allah…
Pimpinlah diriku,
Tuk bangkit semula,
Meneruskan langkah,
Perjuangan ini,
Cekalkan hati dan semangatku,
Kurniakan ketabahan,
Agar mimpi jadi nyata,
PadaMu ku meminta.
Kalau bukan padaNya, pada siapa lagi hati ini harus merintih meraih kekuatan dan kasih? For if He forsake you, NO ONE can help you.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, 'Sungguh, aku termasuk dalam orang-orang Muslim (yang berserah diri)'. Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar, dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar."
Al-Fushshilat (41:33-35)
Al-Fushshilat (41:33-35)
No comments:
Post a Comment