Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 16, 2008

Bila hati mula berbicara.

AMARAN: Entry di bawah diciplak dari Success in The World and The Hereafter.

"Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan.

Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga, apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika percintaan."
-Quote dari Novel yang diquote dalam blog

Adik,
Hahahahahaha …
Aku lupa adik aku kini
sudah semakin dewasa
Tak aku sangka secepat itu
Allah mencampakkan rasa cinta
di hati adik
Maafkan aku …
Selama ini,
lupa bertanya tentang itu

Adik,
Bertenanglah …
jangan menggelabah …
Tonjolkan ketenangan
dan ke”gentleman”an adik

Adik,
Sejak Allah mencampakkan rasa cinta itu
Di hati adik dan … Sejak adik sedar
kehadiran cinta itu di hati adik
Pertamanya … ucapkanlah Alhamdulillah
Itulah fitrah yang suci yang benar
Yang Allah berikan pada setiap manusia.
Sekarang adik sudah merasakannya
Wal’iyazubillah …
Kalau cinta itu tidak suci apatah lagi tidak benar
Na’uzubillahi min zalik

Adik,
Nah sekarang ….
Cabaran utamanya ...
Bukan bagaimana hendak menyatakan
rasa cinta itu pada cinta adik

Adik,
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Allah itu tidak akan pernah menzalimi
hamba-hambanya.
Ketika Allah meletakkan rasa cinta itu di hati adik
Pada masa yang sama …
Allah tidakkan akan meletakkan cinta yang sama
pada yang bukan berhak

Adik,
Cabaran utamanya sekarang adalah …
Bagaimana adik meletakkan cinta itu
setelah Cinta Allah dan Rasul
Bagaimana adik mendahulukan
Cinta Allah dan Rasul setelah cinta itu

Adik,
Aku ingatkan … Keinginanmu ...
Melihat … Bercakap …
Bukanlah suatu yang halal kecuali setelah terjalin
ikatan yang sah antara Kalian

Adik,
Ingatlah semua itu adalah larangan Allah
Cubalah jauhi semuanya
Waspadalah pada kecemburuan Allah dan Rasul
Renungi kembali rindu Allah dan Rasul

Adik,
Bertaqwalah kepada Allah
Yang meletakkan cinta itu di hati adik,
Allah yang meletakkan cinta itu di hati adik
Allah juga berkuasa menarik kembali cinta itu
Dan Allah juga berkuasa
mengubah cinta itu menjadi benci

Adik,
Ketika adik tahu cinta itu dari Allah
Ketika adik yakin cinta itu dari Allah
Kembalikan ia kembali kepada Allah
Biarlah Allah yang menjaga cinta itu
Biarlah Allah yang meletakkan cinta itu
pada yang berhak

Adik,
Sirami cinta itu dengan zikir
Bajai cinta itu dengan Quran
Bentengi cinta itu dengan istighfar
Semoga tumbuh pohon sakinah
Semoga lahir buah mawaddah
untuk adik dan juga cinta adik
Semoga lahir zuriat qurrata a’yun

Adik,
Aku ceritakan kisah cinta
wanita pujaan sekalian lelaki
Aku ceritakan kisah cinta
lelaki pujaan sekalian wanita
Ketika di madinah …
Fatimah berkata kepada Ali
“Dulu di Mekah ada seorang lelaki
yang aku sangat cinta padanya.”
Ali berkata kepada Fatimah,
“Lalu, apakah kau menyesal
berkahwin dengan aku?”
Fatimah menjawab,
“Tidak, kerana lelaki itu adalah engkau.”

Adik,
Aku ajarkan satu doa.
ALLAHUMMA INNA NASALUKA HUBBAKA
WA HUBBA MAYYUHIBBUKA WA HUBBA
AMALIN YAQORRIBUNA ILA HUBBIKA.
Ya Allah aku mohon cintaMu
Dan cinta orang-orang yang menyintaiMu,
Dan cintakan amalan yang mendekatkan
aku kepada cintaMu
Allahumma innaka ta’lam tsummallahummaghfirr.

-Quote dari blog kakak kepada kak Asma' Hatta

Haaa. Kat bawah ni barulah isi hati Arifah. Heeee. =D

Entah. Kenapa ayat-ayat di atas betul-betul menyentuh naluri kecil ini. Mungkin hati tengah tak betul ni. Dengan ujian kesakitan. Ditambah pula nak periksa besar-besaran minggu depan. The heart is a fickle entity. Hati ini mudah dibolak-balikkan. Hati ini mudah sekali pilu. Hati ini senang dicarik-carikkan. Tapi hati ini juga pasti merasa kebahagiaan. Apabila ia diisi dengan cahaya keimanan. Namun, hati ini juga inginkan perhatian. Hati ini inginkan kasih sayang. Bertanya diri sendiri, apa tidak cukup selama ini yang diberi Tuhan?

Cakap senang. Buat tak sesenang cakap. Tapi nak ikhlaskan diri bila tengah buat tu, memang yang paling susah sekali. Sebab keikhlasan itulah yang Allah hakimi..

Allah.. help me perservere. Give me strength to stay on the true path. Even when I always stray away.

No comments: