Lilypie First Birthday tickers

Friday, July 25, 2008

In Supplication

Kadang-kadang kita lihat perwatakan seseorang tu, kita sangka kita sudah tau hati budinya. Kita rasa kita kenal dia sudah lebih 2 bulan atau 2 tahun atau 20 tahun, maka kita tahu segala-galanya tentang dia. Kita agak kita boleh tafsir apa yang tersirat di fikirannya. Kita anggap dia dengan anggapan yang ada dalam fikiran kita. Kita layan dia seperti apa yang kita fikir dia mahu dilayan.

Tapi sebenarnya kita takkan tahu selagi kita tak tanya apa yang dia fikir dan apa yang dia rasa. Sedangkan seorang ayah pun takkan dapat membaca hati budi anaknya. Sedangkan seorang ibu pun boleh mempunyai tanggapan yang salah terhadap darah dagingnya.

Nah, jadi apa yang harus dilakukan. Adakah sekadar bertanya soalan-soalan baku, atau berborak basi basa dengan tujuan mendapatkan jawapan pantas namun tidak membawa makna? Atau dengan mendiktat pemikiran seseorang itu agar mengikut alur pemikiran kita? Lalu proses pemahaman sebenar seorang insan terbantut atas kelemahan kita untuk merendahkan diri kita ke tahapnya. Terhenti akibat kepentingan diri menegakkan fikrah sanubari yang sebenarnya masih banyak yang kabur dan berlubang.

Tak kira setinggi mana pangkat duniawi kita sebagai seorang pakar bedah, seorang menteri, seorang jurutera? Tak kira setinggi mana pangkat yang Allah beri pada kita sebagai seorang kakak, seorang ibu, soerang ayah, seorang ibu saudara, bapa saudara, nenek, atuk? Tak kira sejauh mana kita berjalan di atas lorong perjuangan ini, sebanyak mana ilmu kita timba, sebesar mana pengalaman kita?

Tidak kira semua itu. Tidak bernilai semua itu. Jika hati tidak mampu merasai, mendalami dan memahami apa yang orang lain rasa.

Jadi Ya Allah, Kau lembutkanlah perasaan ini, bukakanlah hati ini untuk menghancurkan ego dalam diri dan mengikhlaskan rohani supaya seluruh alam ini mendapat manfaat dari insan ini.

[Quran, Surah Al-Baqarah (2:186) : "When my servants ask thee concerning Me, I am indeed close to them: I respond to the prayer of every suppliant when he calleth on Me; let them also, with a will, listen to My call and believe in Me: that they may walk in the right way"]


No comments: