Lilypie First Birthday tickers

Friday, July 18, 2008

Medical Aspect

Sudah hampir dua minggu memulakan hidup sebagai pelajar perubatan tahun empat. Sudah boleh dipanggil senior kelas dua dah ni. Lagi setahun saya akan masuk tahun akhir. Wah, sungguh cepat masa berlalu. Rasa-rasa seperti baru sahaja menjejakkan kaki ke tahun pertama, lagak budak hingusan, terpinga-pinga melihat suasana orang 'dewasa' bersosial. Lalu hampir-hampir tenggelam dalam lautan hiburan dan maksiat yang melemaskan. Alhamdulillah, Dia selamatkan sebelum karam ke dasar. Terima kasih Allah!

Entah kenapa hari ni macam tak menentu hati ini. Seperti hiba ada. Seperti sebak pun ada. Melankolik mungin kalau mahu lebih tepat. Kenapa ya? Saya kira mungkin saya terlalu memikirkan kata-kata kebanyakan doktor sakit puan yang mengajar saya sejak saya memulakan tahun empat ini dengan posting Obstetrics and Gynaecology.

"Remaja sekarang usia semuda 13 tahun pun dah ada yang bunting. Ini peristiwa di Malaysia, bukan di tempat lain."

"Mengikut undang-undang perubatan Malaysia, menggugurkan bayi di dalam kandungan merupakan satu kesalahan kriminal. Tapi masih ramai lagi yang melakukan perkara ini di luar sana."

Tapi yang paling sakit sekali...

"Sekarang ni, tak kira pakai tudung ke tak pakai tudung ke, kamu kena tanya mengenai aktiviti seksual bebas mereka!"

Saya tidak salahkan mereka apabila mereka menyampaikan kuliah dalam nada senda. Mungkin sekadar ingin lighten the mood ataupun mungkin mereka sudah cukup stress dengan keadaan di wad jadi dengan niat meringankan beban di kepala lalu berjenaka bersama pelajar-pelajar mereka.

Bukan, bukan sebab itu saya sedih.

"Sesungguhnya, telah Kami ciptakan manusia
dengan sebaik-baik penciptaan." (At-tin: ayat 4)

Allah telah menjadikan kita sebaik-baik ciptaannya. Maka, di mana peranan kita?

2 comments:

ifos said...

time does fly fast eh... btw i tried to contact you tp x dpt. did u change your num?

Madame A said...

Always remember to make doa to Allah so that He protects us and our children/ descendants from the syaitan whose work is to make man astray.