Apabila Allah menyeru "Kun Fa Ya Kun", you have no power to stop it...
Pagi itu saya mendapati mereka sungguh teruja merancang untuk ke walimah ukhti itu pada hari Sabtu. Saya tumpang gembira. Tengah hari, mereka mengkhabarkan berita tidak terduga itu. Pengantin lelaki dan keluarganya kemalangan! Kami terdiam dan berdoa dalam hati. Moga pengantin dan keluarganya selamat...
Sambil memandu mereka ke destinasi yang lain, kami bertukar-tukar cerita. Berita tengah hari itu tetap menjadi topik utama. Tiba-tiba mendapat khabar baru, pengantin sudah kembali ke rahmatullah. Hening. Hati saya bagai direnggut seribu rasa. Subhanallah, kematian itu benar datang dengan tiba-tiba dan tanpa diduga. Saat mendengar khabar kemalangan daripada pengantin perempuan, kami semua tidak terbayangkan kemalangan yang begitu dahsyat.
Mereka mula menimbangkan bagaimana mahu menziarahi pengantin yang juga merupakan teman serumah mereka sedang saya baru menjemput mereka beramai-ramai membantu program tajmi' kami. Lalu seorang ukhti berbicara dengan penuh ketenangan, "Kita teruskan saja. Andai kita pula mati nanti, ada adik-adik ini yang bakal menyambung tugas kita". Masya Allah! Luhur sungguh hati ukhti yang baru saya temui dua-tiga kali ini. Malah bantuan yang mereka semua hulurkan itu sememangnya begitu bermakna dan mengesankan adik-adik. Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan mereka semua. Lalu di pagi Sabtu itu mereka bergegas ke rumah ukhti pengantin di utara.
Saya terfikir, begitu besar ujian yang diberi Allah kepada ukhti pengantin. Tentu saja selayaknya dengan iman yang besar juga yang Allah lebih mengetahui dimiliki oleh ukhti itu. Lalu bagaimana dengan saya? Belum tentu cukup kuat untuk menghadapi ujian sehebat itu. Subhanallah. Moga ketabahan ukhti mengharungi ujian ini nanti bakal menginspirasikan yang lainnya pula. Teringat bagaimana kisah Ummu Sulaym yang kehilangan anaknya...dan betapa teguh pendiriannya. Betapa hebat beliau menyantuni Abu Talhah walau besar terasa kesedihan atas pemergian anak kesayangan. Semoga pemergian Akh pengantin di bawah redha Allah juga dan diampuni segala dosanya juga kedua ibu bapanya.
Sedih melihat laporan media yang ternyata menggunakan cara yang salah untuk membuatkan cerita itu lebih menyayat hati. Tentunya mereka ialah orang-orang yang memilih untuk membina segitiga cinta, dengan Allah di puncak tertingginya. Mereka memilih untuk cinta yang halal, cinta hanya selepas aqad dilafazkan.
Peristiwa yang tentunya mengandungi seribu hikmah daripada Allah. Sebagai pengajaran bagi yang hidup, bukanlah berkahwin itu yang menjadi faktor kematian. Atau memandu kereta berwarna merah. Tetapi peringatan bahawa kematian itu pasti datang bila-bila, yang muda atau yang tua. Di jalan raya atau di kompleks membeli belah atau di mana saja yang dikehenadi Allah. Yang pasti, tanya pada diri.... sudah bersediakah kita?
Lalu bagi mereka yang masih terlekat dan terikat dengan dunia, harus diingatkan. Dunia ini hanyalah medan ujian, destinasi pasti dan kekal abadi kita selepas ini adalah akhirat. Lantas, apa yang telah kita persiapkan di dunia ini untuk memilih tempat terbaik di akhirat nanti? Oh, kematian itu misteri buat kita. Tidak tahu bila. Tapi yang pasti, KEMATIAN SEMAKIN DEKAT. Persis bom masa yang semakin rancak berdetik akan meletup.
Lihatlah dunia dengan pandangan tembus ke akhirat!
Taken from (click): The Eternal Garden

1 comment:
Norazlin Ayob likes this post.
Post a Comment