Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 02, 2009

Satu kisah dahulu

Manisnya tarbiyah ini, sukar diungkapkan buat mereka yang tidak pernah melalui dan memahami. Moga Allah buka hati kalian juga suatu hari nanti, agar kita layak bertemu dan bertamu di syurga kelak.

-Arifah-


*********************


salam,

alhamdulillah. saya kembali lagi…

Alhamdulillah hari ini adalah hari terakhir aku di wad surgery/pembedahan setelah 4 bulan bertarung di dalamnya..

Terkadang aku tertanya pada diriku sendiri..

Does it worth to sacrifice my time and energy for this work?

Korbankan program , follow up adik-adik, spend masa dengan mereka dan sebagainya. Selalu sedih sebab tak dapat hadiri usrah sendiri lantaran terpaksa kerja di hujung minggu. ( On call weekend setiap 3 minggu). Dan bila balik kerja penat, nak tidur sahaja.. tentu tak dapat nak buat begitu bila ada banyak perkara perlu dilaksanakan waktu malam.. bila tidur lewat, selalu sangat penat time kerja, dan banyak kali saya tertidur time kerja sebab terlalu letih.

Antara perkara yang paling saya rindui adalah mempunyai masa tertentu saya untuk membaca buku yang tentu dapat memalingkan hati saya semula kepada landasan al-haq selepas seharian terpaksa berurusan dengan manusia yang tidak mentauhidkan Allah.

Terkadang sedih rasanya sebab tak mampu nak mengiklankan agama Allah ini kepada teman sekerjaku apatah lagi pesakit yang kutemui. Cukuplah pakaian dan akhlakku menjadi tonjolan peribadiku. Namun tentu kita semua tahu, orang takkan tahu pasal Islam jika kita kunci mulut kita selama-lamanya. Sedangkan Rasulullah yang memiliki akhlak Al-Amin terpaksa membuka mulut beliau menyampaikan risalah Islam, apatah lagi kita. Kerana Islam perlu didakwahkan, bukan sekadar ditonjolkan pada peribadi.

Terkadang malu juga nak ceritakan kehidupan sebenar saya yang amat struggle ini. Tapi saya tahu, korang tahu yang saya ini manusia biasa yang memang tak mampu jadi perfect. Namun menjadi manusia biasa ini menjadikan kita ini equal, dan saya rasa gembira bile adik2 saya semuanya sedar yang saya ini manusia biasa sahaja…

‘ok kak, sekarang ini saya dah jadi murabbi akak, so better akak tinggalkan benda tu ok?’

Nak tergelak bila borak dengan seorang adikku ini. Dah dua orang adik claim nak jadi murabbi saya. Dan mereka itulah anak binaan saya sendiri. Betullah orang terdahulu pernah mengatakan pada saya..

‘ Jangan terkejut bila anak usrah awak sendiri akan mengusrahkan awak satu masa nanti..’

Dan saya tak terkejut, malah rasa bersyukur dan bangga dengan mereka. Alhamdulillah, dengan merekalah saya dapat istiqamah dan istimrar dengan Islam ini walaupun terpaksa melalui lautan jahiliyah yang pekat saban hari…

( itulah, walaupun saya terpaksa deal benda2 duniawi kat hospital, tapi alhamdulillah, Allah selalu buat otak saya terfikirkan agenda-agenda dakwah time kerja. So kalau selalu down je, terus ingat balik kenapalah kena bekerja ini..- walaupun banyak kali fikir nak berhenti… WA!!!!!!!!!!!!!kan best kalau dapat buat dakwah jer!! Astaghfirulah… tapi kalau buat dakwah je, takdelah kita akan jadi manusia luar biasakan? )

Kerana itulah aim kita dalam mentarbiyah manusia : untuk menjadikan mereka lebih baik dari diri kita sendiri. Memang sangat kasihan juga adik2 saya selalu dikenakan bagai nak separuh mati kadang-kadang, walaupun tak semua dapat dos yang sama kerana kefahaman mereka berbeza-beza. Alhamdulillah, Allah kurniakan taufiq buat mereka untuk jadi permata buat dakwah dan Islam. Tentu melihat mereka menjadikan aku sering tersenyum kegembiraan apabila aku melihat ramainya manusia yang lahir dari rahim tarbiyah ini muassir-muassir ( manusia yang memberi kesan pada orang lain) yang menjadi magnet bagi manusia lain.

Setelah lama di atas jalan dakwah ini juga, aku juga belajar bahawa, kita mungkin tidak akan selamanya memperolehi kemanisan mengenal Islam dan tarbiyah sewaktu kita mula-mula mengenalnya dahulu...

Walaupun dahulu jarak aku dengan murabbi dan teman seusrahku amat jauh, dan kami cuma berjumpa sebulan sekali dalam usrah, tapi aku masih ingat tatkala Allah masih mengurniakan aku peluang untuk mendengar juga tausiyah di balik corong telefon sambil menitiskan air mata..

Entah kenapa, setiap kali aku seorang sahaja yang tak berada di hadapan ustaz ataupun naqibah untuk mendengar taujih secara berdepan itu, tentu aku akan rasa amat syahdu dan sedih. Sedih kerana tak dapat nak mendapat pahala menatap wajah orang yang mengajariku tentang Islam. Sedih kerana aku amat merasai cahaya Islam itu menerebos relung jiwaku, namun di sekelilingku tiada siapa dapat aku pegang dan peluk tubuhnya, merasai indahnya Islam… ( dan tentu time sesi qadhaya tak dapat nak join sebab semua orang cakap at the same time, lepas tu lost siapa yang sedang bercakap, sebab saya sorang je on the phone. Paling sedih tak dapat nak tanya soalan direct kat ustaz…)

Namun Alhamdulillah. Mungkin kerana kepayahan itulah menjadikan tarbiyah yang kulalui itu amat manis dan amat kuhargai. Aku masih ingat aku pernah juga buat kerja gi** yang tak pernah dibuat orang. ( walaupun difikirkan logik je nak buat semua benda tu.)

Hari itu hari Jumaat. Pagi itu aku baru tahu ada sesi pengisian dengan ustaz di Leeds. Sabtu itu memang aku plan nak menziarahi adik2 aku di Notts ( yang kini sudah berada di Malaysia dan sedang beramai-ramai walimah- alhamdulillah). Tiket sudah dibeli ke Notts.Sepatutnya memang ada liqa bersama ahli-ahli usrahku di situ pada hujung minggu itu. ( boleh bayangkan tak betapa jauhnya kami from each other?)

Tapi memandangkan keinginan yang membuak-buak untuk ke Leeds, aku mengambil keputusan untuk bergerak juga ke Leeds menaiki bas keseorangan dari Dundee ( 7 jam).

Aku tak tahu apa daya penarik aku di tika itu?

Sebab nak kawan ke?

Sebab rasa bosan duduk di Dundee ke apa?

Aku masih ingat lagi di tika itu waktu aku sampai, agak lewat juga, alhamdulillah, ustaz baru je mula membentangkan Muntalaq bab 1 dan 2. Aku amat ingat setiap bait patah katanya di waktu itu walaupun tiadanya pen dan kertas di saat itu.Sebab aku memang tak tahu ustaz nak bentangkan apa dan di waktu itu memang kuliah umum yang ramai adik2 datang.

Tapi di waktu itulah aku amat sangat merasai..

manisnya berada di bawah basahan siraman tarbiyah. Bacaan ayat per ayat dalam muntalaq itu cukup membuat aku menangis dan menginsafi setiap dosaku… ( ceh… cam skema plak… tapi memang rasa cam insaflah.. pernah tak rasa insaf? Seolah-olah rasa hati tiba-tiba bersih dan cahaya mula terasa di hati….)..

kalaulah kerana kawan, memang aku sangat happy jumpa ramai adik2 leeds saat itu ( nawwar insyirah , little moon,cik mala, roza,dina dan koca takde lagi kot masa ini), tapi ramai yang kene pulang awal saat itu. Dan aku tak sempat nak berbual dengan teman seusrah aku pun di saat itu.

tapi bukan kerana itu pun…

tapi memang sebab kita sangat faham, kerana tarbiyah itulah makanan dan nyawa kita….

( saya datang program itu untuk 2 jam sahaja)

Malamnya itu terus bergerak ke Notts bersama naqibah aku yang hadiri juga program itu. Bila aku sudah menjadi doktor ini, aku amat mengkagumi dirinya yang merupakan pakar Obs and Gynae , tapi mampu juga hadiri program seperti itu. Dia menghantarku ke rumah adik DFku pada pukul hampir 2 am. Esoknya itu aku berjalan-jalan dengan adik DFku dan keesokannya aku dan teman seusrahku berkumpul bersama naqibahku bersama liqa usbui’ kami sebelum aku pulang semula ke kampung halamanku pada hari ahad itu……

Kenapa saya cerita perkara ini pada kamu semua?

Kerana ia berlaku pada 4 tahun lepas. Dan selepas itu, sudah tidak saya rasa lagi perkara itu. Merasai manisnya jirusan iman itu bila kita berkobar-kobar mahu mendapatkannya..

Kerana sudah tidak ada siapa yang mahu memberi lagi pada kita bersungguh-sungguh seperti mana dahulunya orang beria-ia mengajak kita..

Sebab kita sudah menjadi qiyadah/pemimpin/murabbi teratas di tempat kita..dan tiada yang dapat menjaga diri kita melainkan diri kita sendiri..

Di situlah letaknya ketsabatan sebuah kefahaman.

Kita takkan faham selagi kita tak diuji.

Kita bukan sekadar diuji dari sudut mad’u kita, ataupun diuji dari pihak orang ramai ( mahupun mak ayah kita) kerana dakwah yang kita bawa..

kita akan diuji dari sudut tarbiyah kita sendiri..

Kerana semakin tinggi tingkatan seseorang dalam tarbiyah, semakin banyak tanggungjawab yang mereka ada, dan semakin sibuk diri mereka. Kita tak boleh menyalahkan sesiapa kerana setiap seorang ada sisi dakwah yang amat besar disumbangkan..

Kerana itulah orang yang berpengalaman dalam dakwah mengajar kita,

semakin tinggi marhalah seseorang dalam tarbiyah, semakin tinggi tarbiyah dzatiyahnya, dan semakin kuranglah tarbiyah jamiyah ( usrah , daurah dan sebagainya).

Kenapa saya cerita perkara ini pada kamu semua?

kerana kebanyakan dari kamu baru mengenal tarbiyah dan manisnya menanggalkan jahiliyah dan memakai pakaian Islam ini.

Terkadang peluang terbentang di hadapan kamu untuk menghirup hidayah itu sepuas-puasnya, tapi kita terkadang kita terlepas pandang peluang yang terbentang di hadapan kita itu.. ( walaupun saya tahu kamu tidak berbuat demikian).

Kerana peluang itu mungkin datang sekali sahaja..

Sekali sahaja…

Sebab saya tahu, adik2 generasi seterusnya dah tak buat dah perkara sebegitu. Travel lebih 5-6 jam untuk dengar pengisian sejam dua, lepas tu pulang semula ke tempat asal sebab ada kelas esok harinya.

Bila tarbiyah dah senang, kuranglah penghargaan dan kuranglah pengorbanan. Hasilnya, akan terhasillah kefahaman yang di atas permukaan sahaja ( surface) dan kuranglah keberkatan yang ada..

kerana setiap jihad yang kita lakukan untuk mendapat ilmu itu mengandungi keberkatan yang tak terkira..

Kerana berbeza orang yang travel 5-6 jam untuk dengar pengisian daripada 30 minit sahaja perjalanan dia.. kefahaman yang dia dapat tentu berbeza.. apatah lagi keberkatan ilmunya.. ( kita tahu kisah imam syafiie dan bukhari yang travel beribu kilometer untuk kumpul sebuah hadis pun kan?)

Dan disitulah juga saya melihat dengan anehnya bagaimana ramai orang terdahulu mampu tsabat walaupun mereka teruji dengan ujian tarbiyah ini…

Namun saya tahu, disitulah kunci segala kejayaan yang ada… Keikhlasan…

Imam Hasan al Banna mengatakan, “Ikhlas itu kunci keberhasilan.”

Menurut Al-Banna, para salafushalih tidak menang kecuali karena kekuatan iman, kebersihan hati dan keikhlasan mereka.

“Bila kalian sudah memiliki tiga karakter tersebut, maka ketika engkau berpikir, Allah akan mengilhamimu petunjuk dan bimbingan. Jika engkau beramal, maka Allah akan mendukungmu dengan kemampuan dan keberhasilan…”

‘Tapi bila ada di antara kalian yang hatinya sakit, cita-citanya lumpuh, diselimuti oleh motif sikap ego (tanda tidak ikhlas), masa lalunya pun penuh masalah, maka keluarkan ia dari barisanmu! Karena orang seperti itulah yang akan menghalangi rahmat dan taufik Allah. “ (Al-Awai’q, Muhammad Ahmad Rasyid)

Maka bila peluang tarbiyah itu datang, grablah ia sepenuh jiwa kamu..

Kerana kamu akan sampai di satu saat, dimana kamu akan berada di tempat saya.

Dan sentiasa merindui saat itu..

saat detik pertama merasai manisnya tarbiyah itu..

PS: saya cerita ini nak kasi kamu motivasi dan aware apa yang berlaku pada ramainya orang. Setiap ujian yang Allah berikan buat kita adalah untuk meneguhkan kita dan untuk kebaikan kita juga sebenarnya. Dan kita semua tahu, setiap kesusahan tu pasti ada kemudahan.. DAn kesusahan sementara yang kita dapat inilah akan memudahkan perjalanan kita seterusnya insyaallah.

moga kita semua tsabat dan teguh di jalan ini,

wassalam

muharikah (click for direct link)

No comments: