Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 09, 2008

Sayonara Jahiliyyah~

Memang terasa seperti hendak menulis pengalaman sendiri, hendak membuka pintu hati dan menterjemahkannya ke dalam kebenaran penulisan yang hakiki, tapi rasa macam ada writer's block pula. Hehhe. Jadi saya mengambil terus dari isi hati seorang sahabat yang merasai apa yang saya rasa, mungkin bukan pada masa yang sama tapi ianya mempunyai kesan yang sama terhadap kehidupan kami seluruhnya. Apa yang dia tulis seolah-olah datang dari hati saya sendiri. Maka saya persembahkannya di sini... semoga ia menyentuh hati mereka yang mahu mengerti. This piece of literature is taken from the blog: Halwa Hati.



Assalamualaikum,


Banyaknya perkara yang terjadi dalam hidup seharianku, kadang-kadang sempat untukku selami pengajaran & tarbiyah yang Allah sediakan di sebaliknya, namun kadangkala aku terlepas pandang & ia berlalu begitu saja. Memori itu hilang ditelan masa tanpa sempat ku kutip mutiara hikmah darinya. Alangkah rugi! Bagaimanalah utk menjadikan hari ini lebih baik dari semlm, kalau tidak direnungi apakah kekurangan semalam & bagaimana memperbaikinya? Namun InsyaAllah mana-mana mutiara hikmah yang sempat ku kutip sepanjang jalanku itu, akan kuletakkan di sini.. dalam coretan yang kudoakan mampu menyentuh hati mereka yang mahu mengerti.


Maha Suci Allah yang membukakan pintu hati makhlukNya, mengangkat hijab yg selama ini menghalangi pandangan. Siapa sangka kabut yg pernah menyelubungi & menggelapkan hati ini akan berlalu pergi? Digantikan pula dgn titis-titis keinsafan menyirami hati, membasahkannya dgn Hidayah.. meredhakan pemergian Jahiliyyah buat selama-lamanya, insyaAllah.


Aku ingin selalu berada dalam kebenaran. Ingin sentiasa di atas landasan iman. Ingin bersama-sama mereka, menjadi di kalangan tentera Allah, sebahagian dari Ansarallah, setia memperjuangkan & beriltizam dengan Ad-Deen yg mulia ini. Tetapi rupanya ia tidak semudah yg kusangka. Angan-angan saja tidak cukup. Kerana sisa-sisa jahiliyyah yg pernah subur dalam diriku itu perlu dikikis bersih-bersih terlebih dulu, lempar jauh-jauh.. supaya ruang di jiwa itu lebih luas, lebih mudah untuk diisi dgn sesuatu yang lebih suci & haq, yang pastinya tidak bisa bercampur dengan yang batil. Lantas ini secara automatik menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Namun, syurga itu memang mahal harganya, bukan?


Benarlah, iman itu bukan perhiasan, bukan juga angan-angan. Ia adalah keyakinan yang sebenar-benar dlm hati, yang dinatijahkan melalui amalan. InsyaAllah berbekalkan sejemput fikrah Islam yang mengetuk pintu hati, kumulakan hijrah itu. Mengorak langkah-langkah pertama meninggalkan zaman Jahiliyyah. Tapi aku sedar langkahku itu belum jauh, masih perlahan, masih tersekat-sekat, malah sering saja terjatuh. Tapi tak apa. Yang pasti.. jgn sekali ia berhenti. Kerana jalanku masih panjang.


Sedikit demi sedikit, makin kusedari betapa alpanya diriku dulu. Bila menatap foto lama, serta-merta terbit rasa kesal & malu melihat diri sendiri. Atau bila membuka almari, terasa banyaknya pakaian yang hari ini takkan kukenakan lagi, sebab ia tak memenuhi tuntutan Allah buat seorg muslimah. Atau tatkala melihat simpanan lagu-lagu yang pernah menjadi halwa telingaku, alangkah songsangnya lirik-lirik itu dari kebenaran! Hanya menjaja angan-angan & menghanyutkan saja. Sebenarnya bukan tak pernah dulu aku terasa Hidayah Allah mengintai-intai & merisik.. tapi hati kurang menyambutnya, mengabaikan saja bisikan iman itu & aku terus saja menjadi mangsa keadaan. Justeru hari ini aku sedih jika ada org lain yang terus ingin & terus gembira menjadi mangsa keadaan.


"Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta(terhadap Allah)." (6:116)


Ayuh, tinggalkan zaman Jahiliyyahmu & kita sama-sama buka era baru! Pada usia muda 17 tahun, Al-Maududi sudah mula berjuang dgn penanya dalam Akhbar di India utk membangkitkan kesedaran Islam, serta memperjuangkan kemerdekaan Pakistan. Usamah bin Zaid sudah menjadi Panglima perang yg memimpin tentera Islam seawal usia 19 tahun. Constantinople ditakluk oleh Sultan Al-Fateh semasa dia hanya 21 tahun. Pada usia yg sama, Ibnu Batuttah telah memulakan pengembaraannya menjelajah dunia. Nabi Daud pula telah menewaskan seorang general ketika hanya berumur 15 tahun! Mereka semua adalah pemuda! Tetapi telah mengubah dunia! Aku? Pada usia yang sudah 21 thn ini, baru hendak keluar dari kepompong jahiliyyah, baru mula menghayati syahadah & masih bertatih mengenal apa erti aku menganut Islam.


"Allah menganugerahkan al-hikmah(kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar benar telah dianugerahi kurnia yang banyak.Dan hanya orang orang yang berakallah yang dapat mengambil pengajaran dari ayat ayat Allah." (2:269)


Rasulullah juga pernah bersabda..

"Sesiapa yang Allah hendaki kebaikan kepadanya akan diberikan kefahaman tentang deen nya…"


Sahabat-sahabatku yang dikasihi, kita akan sama-sama menyusuri jalan ini. Hidayah yang datang itu adalah hadiah Allah untuk kita yang tak ternilai harganya! Janganlah dinilai zaman lalu kita, cukuplah kita faham.. Biarlah rasa ‘Izzah itu tumbuh subur tanpa disekat-sekat lagi… biar terasa benar-benar dalam hatimu; aku bangga dengan ad-Deen ini! Kitalah rijal-rijal yg mulai hari ini akan berdiri untuk Islam tanpa segan silu & tanpa menoleh ke belakang lagi & moga kita istiqamah di jalanNya. InsyaAllah!

No comments: