Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 21, 2009

Ahlan!

Esok Ramadhan, yay!
Alhamdulillah, I am still here.

Thank you Allah.


Sunday, August 16, 2009

MOVE FORWARD, you nimwit!

This is a self-motivational entry. If you choose to complain, click the X button at the far right end of the window. Thank you!



Berubahkah aku, hanya bila ada sesuatu?
Terus aku pulang pada sikap sebelum ku berubah,
Hanya sekadar sesuatu, tak berapa lamapun itu,
Jarang ku terendap dalam sikap di mana kuberubah.

Tuhan, aku hanya manusia,
Mudah berubah lagi dalam sekejap,
Tuhan, aku ingin berubah,
Dan ku bertahan dalam perubahanku.


The first step towards improvement is wanting to change. The next step is to actually change. But the hardest part is, to keep on trying to change for the better. Istiqamah is a gift to those who persevere, so be strong!


Kak H: ada juga. once in awhile... you miss your old days, when there were a lot of things you can do without the feeling of guilt
Kak H: but then, kalau harini kita kembali buat benda tu.......it will be accompanied with guilt......sbb skrg kita sudah tahu ia tak betul sebenarnya
Kak H: kalau kita ikutkan perasaan itu dan buat benda jahiliyyah yag kita rindui itu....percayalah.....takkan rasa hepi juga, sbb ia akan diiringi rasa guilty
Kak H: tidak seperti dulu.
Kak H: so....if we follow that feeling.....kita tidak akan hepi juga.
Kak H: bila sampai stage macam kita skrg arifah
Kak H: maka......there is no turning back......
Kak H: because.......
Kak H: if we turn back....believe me......kita TAKKAN hepi pun
Kak H: skrg kita rindu benda2 jahiliyyah tu....kita tak hepi.....
Kak H: tapi kalau kita buat, kita takkan hepi jugak
Kak H: so now......we have no other choice but to move forward
Kak H: walau apapun godaannya........the only way yang kita akan rasa hepi skrg.......
Kak H: ialah dgn MOVING FORWARD....willingly
Kak H: huhu
Kak H: if kita stay dgn perasaan rindu jahiliyyah ni.......kita tak hepi...
Kak H: if kita turn back pun......tak hepi juga
Kak H: the only way left then for us.......is forward....
Kak H: we've no option. at our stage arifah.......there's no turning back...kak faham je perasaan tu..
Kak H: tapi i figured out.....i have no other option left..
Kak H: except forward.


Forgive me O Allah, for I have sinned. But lets move pass that shall we? And strive to be better! Fastabiqul khairat.

Friday, August 07, 2009

Dalam meniti jalan ini.

Ketika anda mengajak seseorang ke jalan yang benar, tiba-tiba anda terasa sangat gembira kerana sedikit usaha dari anda telah memberikan hasilnya. Anda terus diterima dan orang yang diajak mengikuti anda dengan pantas. Anda mengira anda telah melakukan sesuatu yang besar.

Anda harus sedar. Seseorang yang sedar ditangan anda sebenarnya bukannya hasil sepenuhnya dari usaha anda. Anda hanya mungkin hanya orang yang terakhir memegangnya dan membawanya ke satu ‘klick’ yang menyebabkannya tersentak dan terus mengikut kebenaran.

Sebelum anda telah ada banyak manusia lain yang telah sama-sama memberikan saham untuk menyedarkannya. Cuma apa yang telah dibuat oleh orang lain tidak dapat menyampaikannya ke tahap ‘klick’ tersebut. Mungkin usaha orang lain lebih banyak dari usaha anda. Anda hanya pelengkap.

Mungkin orang lain telah berlari beratus-ratus kilometer untuk membawa obor itu ke garisan akhir. Tetapi oleh kerana anda adalah pembawa obor terakhir, maka anda yang diraikan dan disanjung, bukan orang yang sebelumnya. Sedangkan anda mungkin hanya berlari beberapa meter yang terakhir sebelum tiba ke garisan.

Kefahaman ini mengingatkan anda betapa banyaknya manusia lain yang telah berkorban untuk usaha dakwah ini. Mereka berpenat lelah dan mungkin sebahagian dari mereka telah meninggal. Tetapi hasil usaha mereka itu kita kutip dengan mudah, kita petik dan membungkusnya indah-indah.

Inilah rahsia kata-kata Imam al-Syafie r.a:

الحر من راعى وداد لحظة أو تمسك بمن أفاده لفظة

atau dalam riwayat yang lain:

وَأَنَّ الْحُرَّ مَنْ رَاعَى وِدَادَ لَحْظَةٍ وَانْتَمَى لِمَنْ أَفَادَ لَفْظَةً

Orang yang merdeka itu ialah orang yang menjaga kasih sayang kepada seseorang walaupun walaupun ianya sebentar diperolehi, dan dia berpegang atau merasai terikat dengan seseorang yang pernah memberi faedahnya kepadanya walaupun dengan suatu perkataan.

Salman r.a tidak begitu cepat untuk beriman jika tidak hasil dari nasihat dari guru-gurunya sebelum dia tiba di Madinah. Zaid Amru r.a mempunyai sahamnya atas doa yang dibuat untuk menjadikan anaknya Said bin Zaid r.a menjadi muslim. Di belakang setiap hidayah, terdapat berapa ramai orang yang telah mendapat saham pahalanya.

Moga kita menghargai semua jasa mereka yang mungkin telah pergi, mereka yang masih ada tetapi mungkin telah jauh seketika dari dakwah, mereka yang masih berhempas pulas menyelamatkan ummah melawan arus jahiliyyah walaupun mereka tidak sama seperti kita dalam bentuk usahanya…. dan ramai lagi yang kita tidak kenali mereka, tetapi Allah mengenali nama-nama mereka.

Mereka semua telah memberikan jasa dan saham untuk dakwah yang sedang begitu rancak kembali sekarang!

Moga Allah memberikan pahala saham orang-orang yang telah membina iman dan islamku walaupun aku sendiri tidak pernah mengingati mereka sekarang!


UQY (click for direct link)


Wednesday, August 05, 2009

Question Time


Antara rancangan BBC kegemaran saya ialah ‘Question Time’. Rancangan yang dikendalikan oleh pengacara David Dimbleby itu ke udara setiap hari Khamis 10.35 malam. Ia merupakan rancangan soal jawab para penonton dengan ahli politik-ahli politik yang dijemput bersama dengan beberapa individu lain. Wakil dari parti-parti politik utama kebanyakannya merupakan ahli parlimen dan juga pimpinan parti, malah adakalanya para menteri kabinet.

Rancangan tersebut memberi ruang kepada para penonton untuk berinteraksi dengan para panelis forum, dan mereka (penonton) juga berpeluang memberikan pendapat mereka. Lebih menarik, tiada tapisan dan para penanya tidak berasa takut untuk mengeluarkan pendapat, membantah dan mengkritik pendapat para panelis, malah polisi-polisi kerajaan. Pendekata, tiadalah mak cik-makcik atau pak cik-pak cik yang membaca skrip yang telah diberikan seperti program forum perdana atau forum ehwal agama RTM yang amat berprestij di muka bumi Malaysia.

Rancangan berkenaan adalah selari dengan ruh ‘citizen empowerment’ yang menjadi tunjang sebuah kerajaan demokratik dalam tamadun abad ke-21. Ia juga menjadi salah satu daripada saluran kebebasan politik, kebebasan media dan juga kebebasan berpendapat yang menjadi nilai kepada harga diri seorang warga di buminya. Para panelis, hatta dari wakil kerajaan berkuasa pun tidak mendapat layanan istimewa, mahupun kekebalan di dalam ruang tersebut. Jika dinilai dari kacamata Islam, ternyata ianya amat Islamik dan bertepatan dengan ruh Syariat dan juga Sunnah Nabi SAW dan Para Khulafa al-Rashidun.

Malangnya program seumpama ini tidak akan terjadi di bumi ‘Dawlah Islamiyyah’ yang hanya mementingkan hukum potong tangan pekerja buruh Pakistan dan Filipina dengan pengecualian terhadap keluarga monarki yang menyedut duit rakyat berbilion-bilion Riyal. Program seumpama ini juga merupakan tabu di negara ‘Islam’ yang hanya mementingkan golongan berjubah serban sebagai simbol kedaulatan negara tetapi penuh dengan rasuah dan monopoli ekonomi di sebalik kehitaman jubah para ‘Khubara’. Ia juga merupakan satu utopia bagi negara yang kononnya ‘Islam’, tetapi para pemimpinnya bergeluman dengan rasuah, sedari ketua cawangan sehinggalah orang nombor satu.

Begitulah apabila wacana agama dicelarukan dengan wacana politik, akhirnya segala yang berbentuk simbol dan imej menjadi tumpuan. Manakala intipati dan juga ruh sebenar pengamalan nilai-nilai etos agama diabaikan.

Hal ini mengimbau kepada ‘wacana ilmiah’ yang disepakati oleh Ketua Pemuda PAS yang baru dengan orang nombor dua Pemuda UMNO dewasa ini. Biar apapun niat di pihak masing-masing, namun kesediaan kedua-dua pihak untuk ber’wacana’ menggambarkan ada keuntungan politik yang ingin dicapai oleh masing-masing yang terlibat. Itulah politik.

Saya bukan hendak mempertikaikan istilah ‘wacana’ (discourse) yang sering disalah ertikan di Malaysia sebagai program diskusi ataupun ‘perbincangan’. Mungkin saya agak skeptik dengan istilah ‘Intellectual Discourse’ yang begitu glamer di Malaysia, saya merasakan istilah yang sama juga diertikan sebagai wacana ilmiah. Tak mengapalah, itu biarkan di waktu lain kita incangkan.

Yang saya musykilkan ialah keberahian pihak pemuda PAS ingin ber’wacana ilmiah’ dengan UMNO sebagai mempertahankan pendapat Murshidul Am mereka mengenai ke’komunis’an dan ke ‘Ayah Pin’ an UMNO. Maka pihak yang menjemput mengajak berbincang atau berwacana mengenai ‘UMNO’ dan perjuangan Islam. Ini sudah bagus, yang menjemput, hendak membincangkan tentang orang yang dijemput. Lebih menarik lagi, gelanggang ‘wacana’ itu hanya milik dua parti politik yang masing-masing mengaku paling Islam dan paling Melayu…hebat betul ‘wacana’ di Malaysia ini.

Apa yang pasti, kedua-dua pihak yang terlibat mengintai-intai keuntungan politik dari ‘wacana’ tersebut…

Mengapa tidak di’wacana’ kan dengan kehadiran pihak-pihak lain sekali?

Mengapa tidak di’wacana’kan tajuk yang neutral, iaitu apakah PAs dan UMNO sama-sama memperjuangkan Islam, atau kedua-duanya menyalahgunakan wacana agama untuk kepentingan politik?

Apakah pihak ketiga tidak mempunyai peranan?

Apakah rakyat yang tidak berpihak tidak mempunyai nilai untuk pandangan mereka diambil?

Sudah tiba masanya suasana politik di Malaysia dicorakkan dengan warna idea dan wacana, dan bukan hanya dengan identiti dan kepentingan politik kepartian sahaja. Persoalannya apakah rakyat bersedia untuk menerima suasana politik baru? atau mereka lebih selesa dengan politik identiti, politik kepartian dan juga politik tunggang menunggang?

Maszlee Malik

Content.


Just like you mistook lust for love,
you have mistaken being alone with loneliness.
So I'm fine. Thank you for asking.

Sunday, August 02, 2009

Awareness

I have seen the horizon once thinking it was paint splashed onto canvas. Such beauty transcends any form of linguistic attempt to capture it in words.

***

Feelings are never there without reason. And more often than not, they are notions of love. But somehow, humans forget that the ultimate love story is between that of the Creator and those created. Endless and most beautiful, but only when truly understood.

***

I have been groping in the dark for a quite a while now. The light that has bequeath me dissolved into little particles and submerged themselves with the cosmos, crashing my soul into despicable fragments. Self-reproach is only a tiny tiny part of what I feel at the moment. You can imagine the rest.

****

Don't give me pity. I just need time. But what if it was never mine to ask for?

***

And when My slaves ask you concerning Me, then, I am indeed near.
I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me.
So let them obey Me and believe in Me, so that they may be led aright.
(2:186)