Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 10, 2009

Something that's hovering my mind

Pernah tak rasa diri tersepit,
seperti sempit segala-galanya?


Ah, kalau orang lain boleh buat kenapa saya tak boleh buat pula? Bukannya buat jahat pun.

Tapi kan Allah kata tak boleh, kenapa awak nak buat lagi?

Saya tau, tapi takkan Allah sengaja nak menyeksa saya kut? Awak ni, takkanlah Allah sebegitu zalim. Mesti Dia nak saya bahagia kan. Kalau ini membahagiakan saya, apa salahnya. Awak dengki, saya tau.

Awak rasa Allah tau tak keinginan awak? Awak rasa Allah tau tak kelemahan awak? Awak rase Dia tau tak apa yang terbaik untuk awak?

Eh, mestilah Dia tahu. Dia yang cipta saya. Awak saje nak perli saya ye?

Bukan, saya tak bermaksud begitu. Hmm, cuba awak fikir kalau dia tau keinginan, kelemahan dan apa yang terbaik untuk awak, mestilah apa-apa yang Dia tetapkan takkan mengzalimi awakkan, betul tak?

Haa, betullah tu. Habis tu?

Jadi kalau Dia kata sesuatu itu sepatutnya ditinggalkan, mestilah itu yang terbaik untuk awak dan eventually akan membahagiakan awak. Mungkin bukan sekarang tapi suatu hari nanti. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat kelak. Jangan sempitkan keinginan awak hanya pada dunia sahaja. Awak tak percaya Qada' dan Qadar ke?

Oh!

3 comments:

- e n i g m a - said...

love this piece!

Arifah said...

Woaahh! That was a fast comment. Tengah edit-edit lagi sebenarnya. Title pun baru ditukar. Hehhe. Thanks but it's not really a 'piece' though, more of a thought. An annoying hovering thought. Ngehehe. ;)

dzulfiqar said...

i like....