Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 09, 2009

.....

Bagaimana harus aku ungkapkan kata-kata hati kecilku ini? Sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui hakikat kebenaran yang pasti.

Awak yang saya sayang.

Apabila hati mula terdetik, apabila langkah mula menapak, apabila pandangan mata dipenuhi dengan cita-cita agung nan suci untuk melihat nama Islam dijulang tinggi... maka, saat itulah diri akan diuji. Saat itulah kesakitan datang bertubi-tubi. Saat itulah cercaan menerpa berkali-kali. Saat itulah pandangan serong manusia sudah mula menjadi sebati.

Kita mula ragu pada diri sendiri. Malah lebih menakutkan apabila kita mula sangsi kepada ketentuan Ilahi. Mula berkira-kira untuk berkorban itu dan ini. Terasa seperti memberi alasan itu lebih menyeronokkan daripada mengorbankan keenakan duniawi. Ketika itu, bukan iman lagi yang menjadi raja hati tapi nafsu yang menguasai diri.

Murabbi-murabbi, akhawat-akhawat, sahabat-sahabat - iringan doa mereka memang takkan pernah putus untuk kita. Agar terus diberi kekuatan untuk mengharungi lautan kesusahan. Kata-kata semangat dan kasih-sayang mereka mengalir bagaikan arus deras di sungai, tanpa henti, tanpa kompromi. Supaya Allah terus menyatukan hati-hati kita untuk berjuang demi yang haq, kerana perjuangan ini takkan menang hanya dengan sekeping hati menyendiri.

Tapi.

Tapi, sampai bila kita nak harapkan orang lain memberi semangat dan aliran kasih sayang kepada kita? Sampai bila kita nak menunggu orang lain yang memberi dan memberi dan memberi. Di mana usaha kita? Belum tibakah masanya kita pula mula berbakti. Di mana pembuktian bahawa kita layak menerima hidayah yang kita terima ini?

Syurga itu mahal harganya. Dan Allah itu Maha Adil.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik." (29:69)

No comments: