Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 19, 2009

Kat akhirat nanti... nak jawab apa?!

Hati saya tersentuh dengan cahaya hidayah hari ini.
Terima kasih Allah!

Jalan dakwah ini tidak ditaburi bunga-bunga mawar di atas karpet merah, jalan ini penuh dengan liku-liku nan berduri yang panjang dan penuh lelah.

Memang lebih mudah untuk memilih yang mudah, tapi di akhirat kelak depan Allah, nak jawab apa?

"Aku tak mampu... aku takut apa orang lain fikir... aku tak layak... aku nak kumpul harta, naik pangkat, jadi kaya dahulu, baru orang nak dengar..."

Sekarang boleh la kita bagi alasan-alasan tu, tapi bila bertemu dengan Yang Maha Mengetahui nanti, kita nak tipu ke? No, let me rephrase that.. kita BOLEH tipu Dia ke? Sedangkan sehelai daun yang gugur dan seekor semut hitam di atas batu hitam pun Dia tahu dan nampak, inikan pula apa yang kita buat setiap hari. Berani ke nak bagi alasan depan Allah nanti?

Bukan belajar tinggi, degree hebat, rumah besar, kereta mewah, suami kaya atau anak ramai dan pandai yang menjadi sebab kita masuk syurga kelak... tapi keimanan dan jihad yang tinggi menyebarkan yang haq!

Mengapa manusia tidak mahu berfikir?

"Dan jika kamu tidak berangkat (untukberjihad), nescaya Allah akan Menghukum kamu dengan azab yang pedih dan Menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (At-Taubah 9:39)

1 comment:

muharrikdaie said...

Salam ziarah

Nice blog ...

Semuga dapat menyuntik artikel yang dapat membarakan dakwah ini ...

keep it up