I DO NOT however, want your judgments.
I judge myself enough, thank you very much.
Stop being so judgmental!
Astagfirullah..
In truth all of us are sinners, and it is only from Allah’s mercy upon us that He is "As-Sitteer" - the One who veils our faults and our flaws, and makes us seem better than we really are in others’ eyes...
Through the rain of pain
Through the rain of pain
stain of disdain
and plains of strain
One must seek to gain
Life, even in just one grain
No matter how much is the rain of pain
One must seek to give
What one can, for others to live
No matter how short or how brief
One must seek to care
And let them live to dare
breathe better and have more to share
One must seek to hope
And help to cope
So as they fall, they find a rope
In all these pain, disdain and strain
There is always sunshine after the rain
There is always hope for less disdain
and meaning that many will gain
Alzamani Mohammad Idrose
7 Februari 2005
Hospital Kuala Lumpur
Bertemu doktor-doktor perubatan mithali sepanjang di Jalan Dakwah ini banyak memberi semangat juang kepada saya. Ada professor patologi yang saya berbicara dengannya tentang Dakwah dan isu umat ini hingga jam 4 pagi tanpa dia merasa jemu. Tak mengapa kerana masa tersebut adalah untuk Dakwah, katanya bila saya meminta maaf kerana ziarah yang panjang. Ada doktor yang sepenuh masa menyelia gudang Bantuan Kemanusiaan (Human Relief) di celah-celah timbunan guni dan kotak dengan penuh tekun, kini dia dipersada yang sama di arena antarabangsa. Ada doktor perunding urologi yang menjadi salah seorang guru dan penunjuk utama saya dalam Dakwah ini. Ini belum lagi doktor-doktor yang tidak pernah saya temui tetapi kisah perjuangan Dr Abdul Aziz Al-Rantisi, Dr Ahmad Al-Malt dll yang mencurah seluruh jiwa raga, masa, harta dan nyawa untuk Dakwah ini sehingga mereka menghembuskan nafas terakhir meredhai dan diredhai Allah swt saya tatapi dengan penuh tekun dan membara. Sungguh ruh Dakwah ini mampu mencipta banyak keajaiban yang tak dapat digambarkan oleh manusia yang lalai.
Seperti posting lalu, pendakwah hakiki ialah mereka yang berjaya melaksanakan fardhu ain dalam menyeru manusia kembali kepada Allah swt. Mujaddid pula adalah orang yang menghidupkan aspek Islam yang sangat diperlukan pada ketika itu seperti Khalifah Umar Abd Aziz (99H) dalam membaiki kehidupan khalifah dizaman banyak aduan tentang gaya hidup khlifah-khalifah sebelum beliau dan Imam Syafie (199H) dalam mengasaskan Usul Fiqh dizaman Islam berkembang ke pelusuk dunia dan sangat memerlukan panduan dan asas dalam mengeluarkan hukum hakam baru. Oleh itu Doktor Dakwah yang hakiki pada zaman umat Islam jahil dan ditindas hari ini adalah doktor yang berperanan seterusnya memimpin perubahan dalam jiwa masyarakat sehingga melayakkan mereka kembali bangkit membimbing dan memimpin orang ramai kepada keagungan Islam, berdepan dengan musuh-musuhnya diseluruh dunia. Seorang doktor boleh memainkan peranan tersebut kerana :
Setelah melalui sedikit pengalaman dan membuat pengamatan, beberapa perkara perlu disedari agar kita memiliki seramai mungkin Doktor Dakwah yang hakiki, dengan mereka dapat membantu membangkitkan kembali umat ini dari lena lalu membawa mereka kearah keagungan global. Diantaranya :
Yes, we all have to look after ourselves to a basic extent. If no one is going to give us shelter and food, then we have to earn the money to provide these things for ourselves. So, if you have to work for a living, you may as well do something you enjoy.
The practice of psychology, however, does put a twist on all this. A psychotherapist must work very intimately with the unconscious desires of another person, and it can be very easy for the psychotherapist’s personal desires to contaminate the desires of the client. That’s why the great psychoanalyst Jacques Lacan taught that the analyst’s only desire should be to help the client get close to his or her own unconscious and should ask nothing of the client but fair payment for a job well done.
The prerequisite for such intense work is personal psychotherapy—the more intense the psychotherapy, the better—so as to become familiar with your own personal unconscious issues. Most “bad therapists” are caught up in their own pride and ego because they are blind to them, and they do considerable damage to their clients as a result.
Therefore, if you believe you have a gift for psychology, then pursue it and let your own personal psychotherapy show you if you really have what it takes. If you can face your own inner darkness and grow from it, and can tolerate what is missing in life by not trying to use perversions to hide from yourself, then blessings to you.
Berhadapan dengan bisyarat yang menjanjikan masa yang cemerlang di dunia ini, di samping harapan yang cerah untuk memiliki syurga Allah, para sahabat melihat penyiksaan yang silih menimpa mereka dan bala bencana yang mengelilingi mereka tidak lebih dari mendung timur yang menyelubungi suasana yang tidak lama akan hilang. Rasulullah terus mengukuhkan jiwa mereka dengan sajian kerohanian dan keimanan, mentazkiahkan hati-hati mereka dengan ajaran-ajaran al-Quran dan hikmah- hikmahnya, mentarbiahkan mereka dengan latihan yang membina budi, membimbing jiwa-jiwa mereka ke rnercu kemuliaan diri, kesucian hati, keheningan susila, kebebasan dari rantai meterialistik, penentangan hawa nafsu, dan melonjak syahdu kehadrat Ilahi, Pencipta petala langit dan bumi. Seluruh sanubari mereka dibersihkan, hingga keluarlah mereka dari buana kegelapan ke alam cahaya dan nur, melatih mereka cekal hati menghadapi cabaran dan rintangan hawa nafsu, hingga dengannya mereka semakin kukuh berpegang dengan agama, menolak ke tepi syahwat hawa nafsu, bermatian ke jalan Allah dan keredhaanNya, penuh nostalgia kepada syurga nirwanaNya, perihatin untuk memperolehi ilmu, bertafaqquh dalam agama, menghitung diri, menunduk runtunan nafsu, mengatasi emosi, menguasai berontakan perasaan, kesemuanya ditambah dengan kesabaran, ketenangan dan ketabahan hati.
Assalamualaikum,
Banyaknya perkara yang terjadi dalam hidup seharianku, kadang-kadang sempat untukku selami pengajaran & tarbiyah yang Allah sediakan di sebaliknya, namun kadangkala aku terlepas pandang & ia berlalu begitu saja. Memori itu hilang ditelan masa tanpa sempat ku kutip mutiara hikmah darinya. Alangkah rugi! Bagaimanalah utk menjadikan hari ini lebih baik dari semlm, kalau tidak direnungi apakah kekurangan semalam & bagaimana memperbaikinya? Namun InsyaAllah mana-mana mutiara hikmah yang sempat ku kutip sepanjang jalanku itu, akan kuletakkan di sini.. dalam coretan yang kudoakan mampu menyentuh hati mereka yang mahu mengerti.
Maha Suci Allah yang membukakan pintu hati makhlukNya, mengangkat hijab yg selama ini menghalangi pandangan. Siapa sangka kabut yg pernah menyelubungi & menggelapkan hati ini akan berlalu pergi? Digantikan pula dgn titis-titis keinsafan menyirami hati, membasahkannya dgn Hidayah.. meredhakan pemergian Jahiliyyah buat selama-lamanya, insyaAllah.
Aku ingin selalu berada dalam kebenaran. Ingin sentiasa di atas landasan iman. Ingin bersama-sama mereka, menjadi di kalangan tentera Allah, sebahagian dari Ansarallah, setia memperjuangkan & beriltizam dengan Ad-Deen yg mulia ini. Tetapi rupanya ia tidak semudah yg kusangka. Angan-angan saja tidak cukup. Kerana sisa-sisa jahiliyyah yg pernah subur dalam diriku itu perlu dikikis bersih-bersih terlebih dulu, lempar jauh-jauh.. supaya ruang di jiwa itu lebih luas, lebih mudah untuk diisi dgn sesuatu yang lebih suci & haq, yang pastinya tidak bisa bercampur dengan yang batil. Lantas ini secara automatik menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Namun, syurga itu memang mahal harganya, bukan?
Benarlah, iman itu bukan perhiasan, bukan juga angan-angan. Ia adalah keyakinan yang sebenar-benar dlm hati, yang dinatijahkan melalui amalan. InsyaAllah berbekalkan sejemput fikrah Islam yang mengetuk pintu hati, kumulakan hijrah itu. Mengorak langkah-langkah pertama meninggalkan zaman Jahiliyyah. Tapi aku sedar langkahku itu belum jauh, masih perlahan, masih tersekat-sekat, malah sering saja terjatuh. Tapi tak apa. Yang pasti.. jgn sekali ia berhenti. Kerana jalanku masih panjang.
Sedikit demi sedikit, makin kusedari betapa alpanya diriku dulu. Bila menatap foto lama, serta-merta terbit rasa kesal & malu melihat diri sendiri. Atau bila membuka almari, terasa banyaknya pakaian yang hari ini takkan kukenakan lagi, sebab ia tak memenuhi tuntutan Allah buat seorg muslimah. Atau tatkala melihat simpanan lagu-lagu yang pernah menjadi halwa telingaku, alangkah songsangnya lirik-lirik itu dari kebenaran! Hanya menjaja angan-angan & menghanyutkan saja. Sebenarnya bukan tak pernah dulu aku terasa Hidayah Allah mengintai-intai & merisik.. tapi hati kurang menyambutnya, mengabaikan saja bisikan iman itu & aku terus saja menjadi mangsa keadaan. Justeru hari ini aku sedih jika ada org lain yang terus ingin & terus gembira menjadi mangsa keadaan.
"Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta(terhadap Allah)." (6:116)
Ayuh, tinggalkan zaman Jahiliyyahmu & kita sama-sama buka era baru! Pada usia muda 17 tahun, Al-Maududi sudah mula berjuang dgn penanya dalam Akhbar di India utk membangkitkan kesedaran Islam, serta memperjuangkan kemerdekaan Pakistan. Usamah bin Zaid sudah menjadi Panglima perang yg memimpin tentera Islam seawal usia 19 tahun. Constantinople ditakluk oleh Sultan Al-Fateh semasa dia hanya 21 tahun. Pada usia yg sama, Ibnu Batuttah telah memulakan pengembaraannya menjelajah dunia. Nabi Daud pula telah menewaskan seorang general ketika hanya berumur 15 tahun! Mereka semua adalah pemuda! Tetapi telah mengubah dunia! Aku? Pada usia yang sudah 21 thn ini, baru hendak keluar dari kepompong jahiliyyah, baru mula menghayati syahadah & masih bertatih mengenal apa erti aku menganut Islam.
"Allah menganugerahkan al-hikmah(kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar benar telah dianugerahi kurnia yang banyak.Dan hanya orang orang yang berakallah yang dapat mengambil pengajaran dari ayat ayat Allah." (2:269)
Rasulullah juga pernah bersabda..
"Sesiapa yang Allah hendaki kebaikan kepadanya akan diberikan kefahaman tentang deen nya…"
Sahabat-sahabatku yang dikasihi, kita akan sama-sama menyusuri jalan ini. Hidayah yang datang itu adalah hadiah Allah untuk kita yang tak ternilai harganya! Janganlah dinilai zaman lalu kita, cukuplah kita faham.. Biarlah rasa ‘Izzah itu tumbuh subur tanpa disekat-sekat lagi… biar terasa benar-benar dalam hatimu; aku bangga dengan ad-Deen ini! Kitalah rijal-rijal yg mulai hari ini akan berdiri untuk Islam tanpa segan silu & tanpa menoleh ke belakang lagi & moga kita istiqamah di jalanNya. InsyaAllah!