Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 09, 2009

Aku memilih jalan ini.

"Jangan terkejut jika satu hari nanti mad'u kita pula menjadi murabbi kita.. Tapi itulah yang kita mahu, supaya orang yang kita bina menjadi lebih hebat daripada kita agar dengan itu Islam akan menang!" - memetik kata-kata seorang akak, tapi kata-katanya dah diubah suai sikit. Hehe.

Nah, sajak di bawah membuktikan bahawa kata akak itu benar dan nyatalah, sesungguhnya Islam itu mampu mengubah seorang manusia biasa menjadi insan yang luarbiasa. Subhannallah.

To my little sis, you have written from the purest of your heart and it has transcend my soul. Sepertinya awak menulis apa yang terbuku di hati akak juga. Galur hidup kita dan gaya fikiran kita hampir sama. Wahai adikku, moga terus tsabat dan laju berlari! =)

*****************

KERANA AKU MEMILIH

dahulu,
hidupku kosong.
gelap.
dead end.
apabila mengenal tarbiyah,
sedikit demi sedikit ada lubang cahaya.
nafas baru untuk hidup.
kerana itu aku memilih tarbiyah.

dahulu,
hidupku penuh dendam.
kesumat yang likat.
sangkaku, itulah matlamat hidup.
untuk membayar apa yg telah kuterima.
apabila mengenal tarbiyah,
aku kenal matlamat yg lebih jauh,
2:30
51:56
dendam kian terhakis,
sesak dadaku hilang,
bahagia datang,
kadang kala nostalgia menghinggap,
namun, bicara Allah memadam sedikit demi sedikit,
dan kerana itu aku memilih tarbiyah.

dahulu,
aku rasa wang itu segalanya,
aku marah tidak mendapat apa yang aku hajati,
geram.
bencikan kekurangan.
hati penuh noda.
apabila aku mengenal tarbiyah,
hatiku disucikan.
lapisan demi lapisan.
noda menipis.
setelah digosok dengan kekayaan dan kekurangan adalah milik Allah.
disabun dengan wang, pangkat, nama, harta adalah propaganda Yahudi.
diberus dengan hidupkanlah Islam dalam dirimu.
dilunturkan karat jahiliyah.
dilembutkan dengan pelembut mardhatillah.
dan kerana itu aku memilih tarbiyah.

dahulu,
fesyen itu ku sangka cantik.
yang mampu menarik perhatian manusia.
yang mempesonakan setiap gadis.
apabila mengenal tarbiyah,
perhatian manusia bukan lagi apa yang dikejar.
perhatian Dia yang didamba.
menghiasi diri dengan pakaian taqwa.
mengindahkan kamar dengan bicara zikrullah.
menghadirkan cinta hakiki memenuhi segenap penjuru.
dan kerana itu aku memilih tarbiyah.

dahulu,
aku begitu mengagungkan buku2 bahasa asing.
aku rasakan bergaya.
penuh style.
perlu dibaca.
ilmu penuh didada.
merasa hebat.lebih pandai daripada orang lain.
apabila aku mengenal tarbiyah,
betapa aku merasakan tanah mereka adalah tanah airku
AQ kitab teragung penuh mukjizat
buku-buku sahabat merupakan pembangkit jiwa.
buku-buku syuhada' menghidupkan roh.
buku-buku mujaddid meniupkan jihad agung.
dan kerana itu aku memilih tarbiyah.

dahulu,
bila berkumpul, bergosip,
bila bertemu, mengumpat,
bila bercakap, lagha.
apabila mengenal tarbiyah,
berkumpulnya kami, menyatukan hati.
bertemunya kami, memantapkan akidah.
pabila berbicara, hanya Allah subjek utama.
dan kerana itu aku memilih tarbiyah.

kini,
banyak rasa yang belum terjumpa.
mencari-cari sinar.
mengejar syurga.
berlari2 untuk syahid.
mampukah aku menjadi hamba celupan Allah?
adakah insan yg penuh berdosa ini diterima amalnya?
kerana cinta,
aku mahu dipayungi tarbiyah..

-Azna-

No comments: