Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 03, 2009

Allah Knows

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." At-Taubah [9 : 111]

Tadi berpeluang duduk lutut bertemu lutut dengan adik-beradik akhawati saya yang saya kasihi kerana Allah. Tak semua orang dapat datang hari ni. Tapi dengan kekurangan ahli tu pun.. tak tau kenapa rasa syahdu sangat perjumpaan tadi.

Minggu ni memang sangat banyak ujian yang Allah beri. Malunya nak cerita sebab bila teringat Bilal yang dihempapkan batu ke atas dadanya tapi masih tetap dengan "Ahad!"nya, bila teringatkan Rasulullah yang dibaling batu ketika di Taif sedangkan ketika itu usia baginda sudah agak lanjut, bila teringatkan Siti Khadijah yang menginfaqkan seluruh jiwa, raga dan hartanya untuk membantu suaminya menegakkan Ad-Deen Ul-Haq semata-mata kerana yakin itulah jalan menuju redhaNya... rasa macam tak layak nak complain dekat Allah itu dan ini. Rasa macam jadi hamba yang tak bersyukut dan kufur nikmat! Astagfirullah.

Tapi sesungguhnya, Allah memang Maha Mengetahui. Setiap butir bicara mereka yang hadir tadi seolah-olah menusuk kalbu, membelai hati, mengusik jiwa lalu meniupkan semula semangat itu kembali. Tiba-tiba rasa macam special sangat. Sebab Allah masih memilih untuk berjual beli dengan saya.

Ya, Allah.. dalam banyaknya dosa-dosaku dan tenggelamnya aku dalam jahiliyahku, Kau masih memberi aku merasai nikmatnya Iman itu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Jual beli apa? Diri dan harta!

Menyerahkan seluruh jiwa dan raga supaya nanti dapat meraih syurga Allah dan yang lebih berharga dari itu, redha Allah.

Penyiksaan itu seiring dengan pengorbanan jiwa. Allah sudah semestinya tahu betapa peritnya hati kita, betapa susahnya berdepan dengan arus duniawi yang sangat-sangat meruntun semangat juang kita. Tapi disitulah letaknya erti sebenar pengorbanan. Sejauh mana kita sanggup berkorban untuk Allah? Sejauh mana kita sanggup meletakkan suruhan Allah itu melebihi keinginan diri kita sendiri walaupun diri kita yang terkorban?

Masa.. Jiwa... Akal... Harta... Nyawa...

Allah akan terus uji dan uji dan uji. Sehingga pengorbanan kita itu setimpal dengan kemenangan yang akan dijanjikan kelak, be it kesenangan di dunia ataupun syurga di akhirat kelak.

Pada ketika itu dan hanya pada ketika itulah kita layak menutut kemengan itu daripadaNya!

No comments: