Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 02, 2009

Diciptakan

Maafkan diri ini yang selalu menyakiti hati,
Maafkan diri ini yang terlalu banyak kelemahan,
Maafkan diri ini yang tidak mampu membuktikan pada saat ini,
Apakah benar segala kata yang pernah diucapkan,
Memang tidak layak menagih.

Seolah-olah masa yang berlalu kini bagai satu kepura-puraan,
Meniti galur kasih yang kian sepi,
Salah diri yang tidak tahu menjaga hati,
Membiarkan badai hitam membawa diri berlalu pergi.

Maruah diri seorang mukmin letaknya pada iman,
Bukan pada pangkat, harta dan rawan.

Tahu, tahu semua itu,
Tapi mengapa sangat sukar menggapai hakikat keimanan itu?
Masih ada waktukah untuk kita memutarkan kembali?
Agar diri layak meraih redha Ilahi.

Pengorbanan.. hakikat cinta sebenar yang hakiki.
Kepercayaan.. atas satu ikatan yang suci.
Hanya padaMu aku berserah diri.
Ya Rabbi!

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah segaja mentakdrikan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya..

No comments: