Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 27, 2009

Kejutan

"Kehidupan di dunia tidak akan seronok andai tiada kesukaran. Kerana kesukaranlah yang mengajar kita untuk tetap bersyukur dan terus bergantung harap pada yang Esa."

Baru mendapat berita kematian (lagi) seorang Muslim, ayah kepada salah seorang bekas rakan serumahku saat usai solat asar tadi. Terkesima sebentar lalu hati tidak henti-henti mengucapkan innalillah dan astaghfirullah.

Terasa seperti ujian yang sedang ku lalui terlalu kecil, amat amat minute jika hendak dibandingkan dengan apa yang rakanku itu sedang lalui kini.

Terbayang dirinya yang terkapai-kapai tanpa kehadiran seorang wali kelak dihari pernikahannya, tanpa seorang pemberi semangat ketika menjelang hari peperiksaannya nanti, nyatanya tanpa tempat mengadu dan bermanja sepanjang hidupnya di masa hadapan.

Secara jujur, tidak tahu apa yang hendak diucapkan padanya. Jika ucap takziah semakin sedihkah dia? Jika memberi kata-kata semangat marahkah dia kerana tidak memahami situasinya?

Maka, yang mampu diberikan dengan setulus ikhlas adalah sebuah doa agar Allah memberinya kekuatan untuk meneruskan kehidupan, agar Allah memberinya petunjuk untuk menjadi Muslim yang lebih baik kerana kematian itu tiada warning signs, agar kesukaran dan ujian ini mengajar dia untuk tetap bersyukur dan terus bergantung harap pada yang Esa.

May Allah ease your pain and give you peace of mind, my friend. I love you.

1 comment:

Anonymous said...

[url=http://koopfi.iwarp.com ] алина кабаева порно фото [/url] опкончался!!
[url=http://kentinu.iwarp.com ] фото порно молоденьких [/url]
а вы?
[url=http://aprapaprapvv.crearforo.us/blog ] рорно скрытая камера смотреть без регистрации безплатнобез смс [/url]