Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 02, 2009

Usaha, doa dan tawakkal

"Katanya dia ingin masa untuk berfikir," jelasku pada abah.

"Benda macam ni, kita hanya boleh doa dan tawakkal pada Allah," abah memberi jawapan ringkas.

Doa dan tawakkal. Bagi saya, perkara yang senang untuk diungkapkan, tapi amat susah untuk merasai and menyakini kebenarannya. Masakan dengan hanya berkata-kata, sesuatu masaalah itu boleh dirungkaikan?

Tapi disitulah letaknya penyerahan diri secara total kepada Qada' dan Qadar Allah. Yakinnya kita pada apa yang sudah tertulis dalam KalamNya.

Jadi, bagaimana pula dengan usaha? Kita tidak perlu usahalah maknanya kan?

Jauh sekali begitu yang dimaksudkan. Secara sunatullah, seharusnya kita yakin bahawa usaha tiada kaitan dengan natijah. Namun, usaha itulah yang mendatangkan pahala untuk kita dan melayakkkan diri kita untuk mendapat pertolonganNya.

Usaha yang sebenar-benar usaha itulah yang akan membuahkan tawakkal yang dicari. Belum cukup usaha, pasti kita akan rasa seperti tiada berguna tawakkal yang ada.

Maka, berusahalah, berdoalah dan bertawakkallah. Jangan tinggalkan salah satu seolah-olah kita menolak hakikat sunatullah itu sendiri!

Wallahu'alam.

No comments: